Adam Radlan didakwa guna wang hasil aktiviti haram

Adam Radlan didakwa guna wang hasil aktiviti haram

Ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu tuduhan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM500,000.

Adam, yang juga timbalan ketua Bersatu Segambut mohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.



Mengikut kertas pertuduhan, Adam didakwa menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM500,000 dari akaun CIMB Bank miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 2 Disember 2021 hingga 22 Februari 2022 di CIMB Bank Berhad, Cawangan Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Adam didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) Akta yang sama.

Jika didapati bersalah beliau boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 25 tahun, didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram.



Adam sebelum ini didakwa atas lima tuduhan rasuah berkait program Jana Wibawa bernilai jutaan ringgit.

Adam diwakili Peguam Rajan Navaratnam, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Nor Asma Ahmad.

Mahkamah menetapkan 31 Oktober ini untuk sebutan semula kes. FMT

Adam Radlan didakwa guna wang hasil aktiviti haram



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker