Bekas PM Israel cuak BBC memihak kepada Hamas, Gaza

Bekas PM Israel cuak BBC memihak kepada Hamas, Gaza

Bekas Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menuduh stesen televisyen BBC bersikap berat sebelah dan tidak bermoral ketika membuat liputan mengenai konflik antara Israel dan Hamas.

Bennett membuat dakwaan demikian dalam program Sunday with Laura Kuenssberg sebelum siaran langsung temu bual beliau mengenai konflik itu terputus secara tiba-tiba.



Lapor Daily Mail, Bennett ketika ditemubual memberitahu hos program, Victoria Derbyshire bahawa saluran berita itu hanya memihak kepada Gaza.

“Saya difahamkan BBC memihak kepada Gaza kerana semua soalan anda hanya mengenai orang awam di wilayah itu,” katanya.

Derbyshire kemudian mencelah dan menegaskan dakwaan Bennett tidak benar sebelum pemimpin politik itu terus merujuk isu beberapa keluarga warga Israel dibunuh oleh kumpulan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.

“Anda tak tanya soalan mengenai kanak-kanak itu sejak temu bual ini bermula, nampaknya anda tidak mengambil berat mengenai mereka.



“Anda hanya mementingkan satu pihak sahaja, itulah cara BBC. Jika anda fikir adanya keseimbangan antara dua pihak yang sama maka anda jelas tidak bermoral.

“Saya ingin katakan bahawa BBC tidak bermoral, apa yang kamu lakukan minggu lalu amat memalukan,” kata Bennet.

Derbyshire kemudian membantah dan menegaskan dia sudah menemubual seorang ahli politik veteran Palestin mengenai pembunuhan orang awam yang berlaku di selatan Israel sebelum bertanyakan pandangan Bennett.

Beberapa saat kemudian, sesi temu bual yang tegang itu terputus secara tiba-tiba ketika Bennett bercakap dari Tel Aviv.



Sementara itu, BBC memaklumkan siaran langsung sesi temu bual Bennett terputus kerana mengalami masalah teknikal. Utusan

Bekas PM Israel cuak BBC memihak kepada Hamas, Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker