Wan Saiful tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan pengubahan wang haram

Wan Saiful tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan pengubahan wang haram

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, tiba di lobi Kompleks Mahkamah di sini, pagi ini, dan dijangka berdepan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM6 juta.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu yang menghadapi pertuduhan untuk kali kedua tahun ini, hadir dengan memakai sut hitam dan kemeja putih sebelum memasuki lobi mahkamah jam 8.20 pagi.



Wan Saiful yang juga bekas Ketua Penerangan BERSATU dilihat tersenyum dan sempat bertanyakan khabar kepada beberapa pengamal media yang merakam video serta gambarnya.

Datuk Wan Saiful Wan Jan, tiba di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini, dan dijangka berdepan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM6 juta. pic.twitter.com/J3dMuiQFct

Semalam, dilaporkan Ahli Parlimen berkenaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Beliau dipercayai bakal berdepan lebih 15 pertuduhan dengan nilai pengubahan wang haram dianggarkan RM6 juta.



Ahli Parlimen terbabit dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya semalam untuk diambil keterangan sebelum didakwa hari ini.

Difahamkan, seorang timbalan ketua bahagian parti politik sama juga akan dituduh atas kesalahan di bawah seksyen sama pada pagi ini.

Pada 21 Februari lalu, Wan Saiful mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan termasuk menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Saiful didakwa meminta wang daripada Lian Tan Chuan, sebagai dorongan membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek.



Ini termasuk projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia, secara prakelayakan bernilai RM232 juta di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, April tahun lalu.

Beliau juga didakwa menerima suapan RM6.9 juta menerusi akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya iaitu WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik syarikat Nepturis Sdn Bhd.

Ia sebagai upah membantu syarikat terbabit mendapatkan surat setuju terima projek sama di CIMB Bank Berhad cawangan Bukit Tunku, di sini, antara 8 Julai hingga 30 September 2022. BH

Wan Saiful tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan pengubahan wang haram



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker