Boleh berkenalan?

Boleh berkenalan?

Kuala Lumpur: “Saya sudah biasa dengan bau di pasar basah dan tidak kisah menghabiskan masa di sini biarpun ramai juga yang selalu bertanya kenapa tidak memilih kerja lain kerana saya masih muda,” kata Ummi Safiyyah Baharudin.

Ummi Safiyyah, 25, yang bekerja sebagai pemotong ayam di gerai sepupunya, Nur Farah Izzati Halim, 25, di Pasar Raja Bot atau lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit di sini, tidak memilih kerja biarpun memiliki rupa paras menarik.



Wanita yang berasal dari Sentul itu berkata, dia tidak pernah memilih kerja kerana yang lebih penting, ia halal.

Menurutnya, sebelum ini, dia pernah berkerja di pejabat sebelum membantu Nur Farah Izzati sejak dua tahun lalu.

Dia kemudiannya berkerja sepenuh masa di gerai berkenaan.

“Saya memang suka kerja ini kerana ia memerlukan kemahiran tersendiri. Saya ambil masa tiga bulan untuk memahirkan diri memotong ayam dengan cara serta teknik yang betul supaya pelanggan puas hati.



“Ramai yang terkejut melihat saya dan sepupu yang masih muda menjual ayam kerana peniaga ayam di sini sebahagian besarnya adalah lelaki manakala wanita pula agak berusia,” katanya.

Menurut Ummi Safiyyah, ada juga pelanggan yang mengusik termasuk mahu berkenalan namun dia faham yang ia hanya sekadar gurauan antara peniaga serta pelanggan.

“Usikan memang ada namun kami tahu ia sekadar gurauan,” katanya.

Ummi Safiyyah berkata, biarpun masih muda, dia tidak malu berkerja di pasar basah kerana memang minat berniaga.



“Biasalah, duduk di pasar ini ada baunya. Apatah lagi saya pula potong ayam yang pastinya ada sedikit bau hanyir ayam yang melekat di baju.

“Tetapi, saya tidak kisah kerana sudah biasa malah gembira berkerja di sini,” katanya. HM

Boleh berkenalan?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker