PAS Perlis nafi pergolakan tapi akui ada hentakan

PAS Perlis nafi pergolakan tapi akui ada hentakan

Arau: PAS Perlis menafikan dakwaan berlaku pergolakan dalaman di negeri itu, namun mengakui ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perikatan Nasional (PN) yang terus menerus ‘menghentak’ pentadbiran kerajaan negeri.

Ia susulan kenyataan Naib Pengerusi 1 PN Perlis, Abu Bakar Hamzah mengenai wujud rasa tidak selesa dalam gabungan PN negeri itu ekoran pergolakan dalaman yang berlaku dalam PAS Perlis.



Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, tiada pergolakan dalaman berlaku di Perlis namun pihaknya sedar kewujudan segelintir Adun PN yang berterusan mengkritik kerajaan negeri.

“Memang tiada pergolakan dalaman berlaku dalam Pas Perlis cuma adalah seorang dua yang teruja selepas menang (Pilihan Raya Umum ke-15) ini yang seronok ‘hentak’ kerajaan macam nak jatuhkannya.

“Secara keseluruhannya tidaklah wujud ‘geng penebuk kapal’ ini kerana kami sebagai wakil rakyat PN masih duduk dan bekerja secara harmoni malah mesyuarat juga diadakan secara bersama sebagai pentadbir negeri ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Shukri yang juga menjelaskan tiada usaha atau gerakan Adun dari gabungan itu yang cuba untuk keluar atau melompat daripada gabungan itu kerana Perlis sudah pun meluluskan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis (Pindaan) 2022 bagi menghalang seseorang wakil rakyat ‘melompat’ parti selaras dengan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti tahun lalu.



Sebelum ini, Abu Bakar yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis dan Adun Kuala Perlis mendedahkan bahawa PAS sedang bergolak di negeri itu sehingga menyebabkan tidak ada keselarian dan kesaksamaan dalam kalangan PN negeri itu.

Namun, beliau yang mewakili Bersatu, tidak sesekali mahu mencampuri urusan dalaman Pas kerana pergolakan dan perbalahan ini adalah lebih menjurus kepada ahli di Perlis sendiri. HM

PAS Perlis nafi pergolakan tapi akui ada hentakan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker