‘Rupanya lelaki yang mati itu bekas suamiku…’

Seorang wanita tidak menyangka mangsa yang maut selepas kereta dipandu lelaki itu terbabas berhampiran rumahnya di Jalan Kionsom, Inanam, tengah malam tadi, adalah bekas suaminya.

Lelaki berusia 50 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan kemalangan itu hanya disedari awal pagi tadi.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aini, 50, berkata dia hanya menyedari sebuah kereta terbabas di tepi jalan berdekatan rumahnya ketika keluar untuk mengambil anaknya.



Katanya, dia yang langsung tidak menyedari kenderaan berkenaan milik bekas suaminya meneruskan perjalanan seperti biasa.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, saya perasan kereta itu milik bekas suami dan terus menghampiri lokasi kemalangan untuk mendapatkan kepastian.

“Saya terkejut apabila melihat bekas suami dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dimaklumkan dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui, di tempat kejadian.

Aina berkata, walaupun sudah berpisah dengan bekas suaminya sejak setahun lalu, namun dia tetap bersedih dengan kejadian menimpa lelaki itu.



“Kami sekeluarga menerima kejadian itu dengan hati yang reda,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 11.39 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati, kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi itu dipercayai terbabas sendiri.

“Mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke parit di bahu kanan jalan dan akibat kemalangan itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu.



“Mangsa dikeluarkan orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS Likas) yang membantu di lokasi kejadian,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker