Enam kuasa besar juga sudah tidak tahan saksi penderitaan penduduk Gaza

Enam kuasa besar juga sudah tidak tahan saksi penderitaan penduduk Gaza

Pemimpin Kanada, Perancis, Jerman, Itali, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) menegaskan Israel mesti mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan melindungi orang awam

Walaupun masih menyokong Israel, pemimpin negara-negara itu, dalam kenyataan bersama, berkata, mereka mahu melihat ‘penyelesaian politik dan keamanan yang bertahan lama’ di Asia Barat.



Semua pemimpin terbabit juga memberi jaminan akan menggunakan usaha diplomatik termasuk dengan ‘rakan kongsi utama di rantau itu’ untuk menghalang konflik daripada merebak.

Enam negara itu juga mengalu-alukan pembebasan dua tebusan AS yang ditahan oleh pejuang Hamas dan menggesa pembebasan segera semua tebusan yang masih ada.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan selepas panggilan telefon yang dibuat oleh Presiden AS, Joe Biden pada malam Ahad.

Pemimpin lain yang turut serta dalam dalam panggilan itu ialah Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau; Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Canselor Jerman, Olaf Scholz; Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni dan Perdana Menteri UK, Rishi Sunak.



Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, memberi amaran bahawa perang dengan Hamas mungkin mengambil masa berbulan lamanya.

“Biarpun, sebulan, dua bulan atau tiga bulan, pada akhirnya tidak akan wujud lagi Hamas,” katanya yang tetap menolak kemungkinan sebarang rundingan damai diadakan.

Di serata dunia, baik kawan mahupun lawan Israel, menasihati rejim Zionis itu supaya jangan membiarkan perang di Gaza merebak menjadi isu serantau di Asia Barat.

Perdana Menteri Israel, Minister Benjamin Netanyahu, pula memberi amaran kepada pejuang Hizbullah supaya jangan terbabit dengan Hamas kerana itu akan menjadi ‘kesilapan terburuk dalam hidupnya’.



Hamas, Hezbollah dan Syria yang disokong oleh Iran yang menentang kewujudan Israel, memberi amaran perang Israel-Palestin boleh bertambah besar sehingga di luar kawalan. Utusan

Enam kuasa besar juga sudah tidak tahan saksi penderitaan penduduk Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker