Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

PENYAMPAI radio Nabil Ahmad menolak desas-desus yang mendakwa hubungan persahabatannya dengan Elly Mazlein berdepan sengketa sehingga menyebabkan pengacara itu mengundurkan diri daripada program realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Jelas Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad,40, dia dan Elly sudah berkawan lama dan apa sahaja keputusan yang dibuat, dia tetap menghormati sebagai seorang adik kepada kakak.



“Secara peribadi, program ASGV dah lama…dah masuk 10 tahun. Jadi untk ada masalah dia jadi macam kita akan tertanya-tanya ‘apa puncanya, dari mana datang masalahnya’.

“Saya dan Kak Lina (Elly Mazlein) akan buat ‘show’ sama-sama dalam MeleTOP. Industri ni kecil, apa sahaja orang cakap, kita akan berjumpa dan bertegur sapa.

“Di pihak saya, dia tetap kakak untuk saya. Jihan tetap kawan baik saya yang dah bekerja lama dengan saya. Semua yang pernah bekerja dengan saya, saya ada personal ‘love’ dengan mereka semua.

“Mereka inilah yang sedikit sebanyak menjadikan saya. Saya tumpang dan ambil sikit-sikit (aura). Mereka yang jadikan saya hari ini,” katanya kepada URTV ketika ditemui pada sidang media radio tanpa batas di Bukit Jalil, baru-baru ini.



Dalam pada itu, Nabil mahu menggunakan sepenuh peluang yang diberikan kepadanya ketika ini kerana sedar pada akhirnya berkemungkinan khidmatnya tidak diperlukan lagi bagi memberi peluang kepada orang lain.

“Saya berterima kasih kepada mereka sebab ramai yang pesan dekat saya untuk nikmati keadaan sekarang ni…ada kerja, ada ‘show’, ada orang perlukan untuk menjayakan sesuatu, saya kena ‘enjoy’.

“Mungkin sesetengah buat isu itu sebagai ‘content’ tapi bagi saya ia biasa. Masing-masing dah buat keputusan, siapa kita nak persoalkan. Kita hormati dan doakan supaya dipermudahkan pada masa akan datang.

“Bila perkara ini berlaku, saya anggap inilah GV. Jadi macam biasa saja. Orang akan cari mana bahan cerita yang boleh tarik perhatian ramai.



“Mana ada program yang ditayangkan pada hari Ahad dan kisah rancangan itu diperkatakan hingga ke Ahad minggu berikutnya…hanya GV saja.

“Saya duduk dalam kategori syukur dan sifatkan publisiti tersebut sebagai publisiti yang baik. Pada akhirnya hari Ahad orang nak tonton ASGV, apa perkara yang baharu berlaku,” jelasnya.

Nabil turut mengulas mengenai teguran pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim berhubung gandingan pengacara yang sering ‘bertikam lidah’ ketika mengacarakan sebuah program secara langsung.

Kata Nabil, biarpun teguran itu tidak ditujukan pada sesiapa, namun sebagai pengacara yang masih ‘hijau’, dia tetap berlapang dada dengan nasihat yagn diberikan oleh rakan selebriti.



“Apa sahaja nasihat daripada senior kita kena ambil untuk dijadikan pengajaran. Bagi saya, kalau mereka tak sayang, mereka tak akan tegur.

“Maknanya dia pun tonton program yang dihoskan oleh saya dan rakan artis. lain. Saya dan dengan Kak Sarimah pernah jumpa beberapa kali.

“Dia sangat baik. Dia layan saya dengan baik. Dia pun banyak berikan nasihat kepada saya,” katanya.

Nabil dan Jihan merupakan pengacara bagi program ASGV yang berlangsung setiap Ahad, pukul 9 malam.



Terdahulu, rancangan terbabit turut dihoskan oleh Elly atau Kak Lina Pom Pom sebelum membuat keputusan mengundurkan diri atas alasan peribadi. Utv

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker