2 gadis pelancong dicabul pemandu di pulau peranginan Semporna

Seorang pemandu pelancong ditahan kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap dua pelancong wanita asing di sebuah pulau peranginan di Semporna, Sabah.

Ketua Polis Semporna, Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan 7.30 malam Ahad selepas dua mangsa membuat laporan.

Katanya berdasarkan keterangan dua mangsa berusia 18 dan 22 tahun itu, kejadian berlaku ketika mereka memancing dan menyelam snorkel di pulau peranginan berkenaan.



“Kejadian pertama didakwa berlaku ketika mereka memancing kira-kira 10.12 pagi, manakala kejadian berikutnya pada 3.30 petang semasa melakukan aktiviti snorkeling,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata siasatan menunjukkan suspek ialah pendatang tanpa izin yang tiada sebarang dokumen pengenalan diri serta permit kerja sah.

Katanya, polis turut menahan pengurus syarikat pelancongan yang mengambil suspek bekerja tanpa dokumen dan permit sah.

Beliau berkata kedua-duanya direman empat hari hingga 27 Okt ini untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker