Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund ditangguhkan

Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund Nazrin Hassan, lima tahun lalu.

Panel tiga hakim terdiri Vazeer Alam Mydin Meera, Ahmad Zaidi Ibrahim dan Azhahari Kamal Ramli, turut menangguhkan keputusannya terhadap rayuan Samirah dan dua remaja itu untuk mencabar penemuan fakta tertentu oleh Mahkamah Tinggi, termasuk penemuan bahawa kebakaran itu yang tercetus di bilik Nazrin “dilakukan dengan sengaja”.

Hakim Vazeer Alam yang mengetuai panel itu berkata banyak isu telah dibangkitkan semasa penghujahan oleh pihak pendakwaan serta pembelaan dan panel hakim perlu meneliti keterangan secara terperinci.



“Kedua-dua pihak akan dimaklumkan apabila kami bersedia tetapi ia tidak akan lama,” kata beliau selepas pendengaran rayuan itu yang mengambil masa lima hari bermula 4 Sept.

Terdahulu, peguam Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili ketiga-tiga mereka menyelesaikan hujahannya manakala pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim selesai berhujah pada 17 Okt.

Pada 21 Jun 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Samirah, 48, yang juga balu Nazrin, serta dua remaja yang kini berumur 21 dan 18 tahun daripada tuduhan membunuh Nazrin selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Samirah dan kedua-dua remaja serta seorang wanita warga Indonesia Eka Wahyu Lestari, yang masih bebas, didakwa membunuh Nazrin di rumahnya di Mutiara Damansara antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokan harinya.



Pada 30 Jun 2022, Samirah dan kedua-dua remaja itu memfailkan rayuan bagi mencabar penemuan fakta tertentu oleh Mahkamah Tinggi termasuk kebakaran yang berlaku di bilik Nazrin “dilakukan dengan sengaja.”

Terdahulu, Shafee berhujah bahawa kematian Nazrin adalah kematian yang tragis dan bukan pembunuhan.

Beliau berkata pihak pembelaan telah menunjukkan bukti kukuh dan keterangan saksi yang menyangkal dakwaan kebakaran, penemuan petrol dan pelbagai elemen pertuduhan pembunuhan.

Peguam itu menegaskan pihak pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bukti yang boleh dipercayai apatah lagi keterangan mengikut keadaan yang membawa kepada kesimpulan bahawa tertuduh telah melakukan pembunuhan.



“Setakat ini pihak pendakwaan tidak dapat menjelaskan bagaimana si mati mengalami kecederaan akibat letupan dan bagaimana corak seperti letupan itu muncul di dinding bilik tidur utama.

“Oleh itu, pihak pembelaan dengan rendah diri memohon agar rayuan pihak pendakwaan ditolak dan perintah dilepaskan dan dibebaskan oleh hakim perbicaraan terhadap tertuduh dikekalkan.

“Pihak pembelaan merayu campur tangan mahkamah ini untuk membetulkan salah arah fakta dan undang-undang oleh hakim perbicaraan berhubung penerimaan penemuan kebakaran dan petrol oleh Jabatan Bomba,” kata Shafee.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker