Gagal lapor terima sogokan RM9,700, bekas pekerja jabatan kerajaan mengaku salah

Seorang bekas pekerja sambilan harian di sebuah jabatan kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 15 pertuduhan gagal melaporkan sogokan RM9,700 diterimanya tiga tahun lalu.

Rozairi Ismail, 33, dari Felda Jengka 13, Maran dekat sini, mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 24 Julai 2020 hingga 2 Jan 2021, semasa diberikan wang RM200 hingga RM3,000 oleh dua individu yang dimasukkan ke akaunnya bagi tertuduh memberikan maklumat awal berkaitan projek bawah jabatan itu semasa dia bertugas di Johor.



Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25(2) akta sama membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nur Zahida Muhammad Ruzi menawarkan jaminan RM20,000 bagi semua pertuduhan dan memohon tarikh baru untuk fakta dan hukuman kerana tertuduh mempunyai kesalahan belum dipertuduhkan.

“Bagi kesalahan itu, tertuduh dijadualkan didakwa di mahkamah Shah Alam bulan depan dan pihak pendakwaan bercadang memohon kes itu dipindahkan ke sini untuk tujuan fakta dan hukuman.”

Beliau turut memohon mahkamah menetapkan syarat penjamin warga tempatan, pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta melaporkan diri di ibu pejabat SPRM di Putrajaya setiap bulan sehingga kes selesai.



Peguam Mohd Shuhairil Ziqrul Sapi merayu jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh masih bujang dan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sejak ditahan pada 7 April 2022.

“Tertuduh kini bekerja sebagai pemandu e-panggilan dengan pendapatan sekitar RM1,200 sebulan. Walaupun tidak mempunyai tanggungan, tertuduh sedang melanjutkan pelajaran ijazah sarjana di sebuah universiti awam.

“Arahan yang diterima saya ialah anak guam berhasrat mengaku salah terhadap semua pertuduhan, termasuk yang akan dihadapi di mahkamah Shah Alam,” katanya sambil menambah anak guamnya hanya dapat mengumpul RM2,000 selepas dimaklumkan tarikh pendakwaan pada 11 Okt lalu.

Mahkamah menetapkan jaminan RM13,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan membenarkan semua syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan serta menetapkan 29 Nov ini untuk fakta kes dan hukuman.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker