Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

PELAKON Shakilla Khoriri berang dengan tindakan seorang individu yang menuduhnya melakukan perbuatan zina bersama suami orang.

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, mendedahkan identiti individu itu serta mengajaknya untuk berjumpa dengannya memandangkan dia bakal menjalani penggambaran di Terengganu iaitu lokasi sama wanita berkenaan berada.



“Assalamualaikum. Khamis saya akan ke Terengganu ada shooting dekat sana. Alang-alang jom kita jumpa nak? nak dengar juga cerita yang I lagi tak tahu.

“Nak tahu juga suami orang mana yang saya sudah main tu sebab mak ayah adik kakak saya pun tengah tanya ni. Awak nak contact saya atau saya suruh orang cari awak? Pilih la. Jumpa esok malam, ujarnya.

Shakilla meluahkan rasa marahnya itu dalam satu hantaran di Instastory pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Shakilla turut memuat naik permohonan maaf yang dilakukan oleh individu berkenaan di halaman Instagramnya.



Menerusi kapsyen, aktor itu berkata, walaupun pada awalnya dia tidak mahu mendedahkan perkara itu, namun dia terpaksa melakukannya bagi menjaga nama baiknya.

Shakilla turut berpesan agar orang ramai berhati-hati dalam meninggalkan komen yang tidak pasti akan kesahihannya.

“Maaf tapi lagi sekali saya terpaksa buat macam ini lagi. Kenapa eh? Kenapa? Tolonglah hati-hati menulis.

“Nak mengumpat ke nak mengutuk ke terpulanglah asal dibelakang orang itu. Itu dosa kalian.



“Jangan sampai menulis dan jatuh fitnah pada seseorang. Saya tengok dia ni ada suami dan anak, jadi sedih. Kenapa buat macam ni?” tulisnya.

Terdahulu, timbul dakwaan apabila sebuah portal media menerima kiriman email daripada individu tidak dikenali yang menyatakan Shakilla sedang menjalinkan hubungan cinta bersama individu yang turut didakwa suami orang.

Menurut sumber itu, lelaki tersebut seorang ahli perniagaan dan pernah mengikuti Shakilla ke Sabah bagi menjalani penggambaran sebuah program televisyen.

Bagaimanapun, Shakilla menafikan perkara itu serta berasa kecewa apabila melihat keluarganya turut terkesan dengan fitnah yang disebarkan itu.



Malah, dia juga menegaskan lelaki yang dikaitkan itu bukanlah berstatus suami orang. Utv

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker