Tengoklah dulu kalau mereka minta tolong – Shila Amzah

Tengoklah dulu kalau mereka minta tolong – Shila Amzah

PENYANYI Shila Amzah hanya mahu berdiam diri dan tidak masuk campur urusan perpindahan keluarga daripada banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Susulan kemelut yang membabitkan keluarganya itu sudah menjadi bualan hangat,



Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 33, berkata dia lebih selesa untuk tidak memberi sebarang kenyataan dan sekadar melihat daripada jauh.

“Kali ini saya tidak uruskan, mereka pilih sendiri. Saya tidak uruskan sebab masalah ini sudah terlalu besar, jadi saya ambil langkah berdiam diri.

“Saya lepas tangan. Kalau ada masalah nanti dan mereka minta tolong… tengoklah bagaimana,” ujarnya.

Shila mengulas perkara tersebut ketika menjawab soalan peminat semasa sesi siaran langsung di laman Instagram pada Rabu.



Menerusi komen yang ditinggalkan netizen bertanya adakah keluarga Shila berpindah ke rumah yang telah disediakan.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Tiada Dirimu’ ini menyatakan hasrat untuk menjual rumah tersebut masih diteruskan dan menunggu ia dikosongkan agar mudah untuk urusan berkenaan.

“Sudah ramai tanya nak beli rumah itu. Tapi biarlah tunggu kosong dahulu, sekarang masih ada orang dalam rumah itu.

“Apabila sudah kosong barulah senang untuk orang datang tengok.



“Setahu saya mereka sudah tiada di rumah itu, tapi tak tahu secara rasmi sudah pindah atau belum,” katanya.

Terdahulu, konflik keluarga Shila sebelum ini mendapat perhatian ramai apabila dia bertindak menjual banglo miliknya yang juga menjadi kediaman buat keluarganya ketika ini.

Dua orang adik Shila iaitu Syahir dan Syada mendakwa tindakan itu dibuat tanpa pengetahuan mereka dan merasa seolah-olah dihalau dari rumah sendiri. Utv

Tengoklah dulu kalau mereka minta tolong – Shila Amzah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker