Nasib MP Kuala Kangsar diputuskan malam ini – BERSATU

Nasib MP Kuala Kangsar diputuskan malam ini – BERSATU

BERSATU dijangka memutuskan kedudukan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid malam ini, susulan tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata bentuk tindakan ke atas Iskandar Dzulkarnain itu akan dimuktamadkan pada mesyuarat MPT BERSATU yang dijadual berlangsung jam 8 malam ini di ibu negara.



Beliau berkata, perbincangan akan menjurus kepada keputusan mesyuarat Biro Politik BERSATU baru-baru ini, selain turut mengambil kira pandangan kepemimpinan MPT parti.

“Malam ini kita akan muktamadkan bentuk tindakan akan dikenakan ke atas beliau (Iskandar Dzulkarnain) mengikut situasi yang berlaku dan apa-apa keputusan terhadap pengumuman dia.

“Mesyuarat ini akan menghasilkan keputusan kepada reaksi parti terhadap pengumuman Iskandar Dzulkarnain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Iskandar Dzulkarnain mengumumkan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.



Susulan kenyataan itu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan suatu mesyuarat akan diadakan dalam beberapa hari lagi untuk membincangkan perkara itu, sekali gus memutuskan tindakan selanjutnya ke atas Iskandar Dzulkarnain.

Sebelum ini, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang, dalam satu kenyataan mendakwa Iskandar Dzulkarnain diugut supaya menyokong kerajaan dan jika enggan berbuat demikian, akan didakwa atas kesalahan rasuah.

Dalam pada itu, Wan Saiful ketika ditanya sama ada Iskandar Dzulkarnain akan dipecat daripada BESATU, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Kita lihatlah macam mana keputusan malam ini. Saya tak mahu membuat kenyataan mendahului keputusan mesyuarat MPT BERSATU malam ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor. BH



Nasib MP Kuala Kangsar diputuskan malam ini – BERSATU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker