Anak syaitan bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang

Anak syaitan bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang

Yair yang merupakan anak lelaki Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikecam kerana kekal di Amerika Syarikat (AS) ketika hampir 400,000 belia Israel menyertai perang menentang Hamas selepas serangan pada 7 Oktober lalu, lapor saluran berita NDTV semalam.

Menurut beberapa laporan, Yair berpindah ke Florida awal tahun ini.



Sekeping gambar menunjukkan pemuda berusia 32 tahun itu bersantai di tepi pantai menjadi tular dengan ramai netizen berkata, dia berseronok di Miami sedangkan belia Yahudi lain berlepas ke Israel untuk menyertai perang menentang Hamas.

Dalam pada itu, akhbar The Times menemu bual seorang askar Israel yang ditempatkan di perbatasan utara.

“Yair menikmati kehidupannya di Pantai Miami sementara saya berada di barisan hadapan. Ia adalah kami yang meninggalkan pekerjaan, keluarga dan anak-anak kami untuk mempertahankan Israel dan bukannya mereka yang bertanggungjawab terhadap situasi ini,” askar berkenaan dipetik sebagai berkata.

Seorang lagi askar yang ditempatkan di sempadan dengan Gaza berkata: “Saya berlepas pulang dari AS di mana saya mempunyai pekerjaan, kehidupan dan keluarga tetapi di manakah anak lelaki Perdana Menteri? Kenapa dia tidak berada di Israel?”



Yair merupakan anak lelaki Netanyahu bersama isteri ketiganya, Sara. Dia kerap terlibat dalam kontroversi kerana memuat naik hantaran anti-Islam di media sosial.

Dalam tahun 2018, akaun Facebook Yair disekat selama 24 jam selepas dia memuat naik hantaran menyatakan, tidak akan ada keamanan sehingga semua orang Islam meninggalkan Palestin.

Anak syaitan bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker