Ketidaktentuan politik terus gugat kestabilan – Ismail

Ketidaktentuan politik terus gugat kestabilan – Ismail

Warna suram landskap politik negara memberi dampak memburuk terhadap sosio-politik-ekonomi selepas pentadbiran negara menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dan kerajaan memerintah bersilih ganti dalam penggal sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan ia sejarah yang belum pernah berlaku dalam negara ini sebelum ini.



Beliau berkata, percakaran tanpa henti antara pemain politik bagaimanapun dapat dikekang daripada berterusan dengan membawa pihak-pihak terbabit ke meja rundingan bagi meredakan keadaan.

“Pemulihan kesihatan dan ekonomi yang terus mengukuh tidak terkecuali daripada berdepan ketidaktentuan politik yang terus menggugat kestabilan. Umpama peribahasa ’empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit’.

“Kami mencari kebersamaan, bukan perbezaan. Kami mencari kesepakatan, bukan perpecahan,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi.

Katanya, natijah semangat Keluarga Malaysia berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran diterjemahkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).



Beliau berkata, limpahan hikmah dan rahmat tuhan memanfaatkan seluruh Keluarga Malaysia dan kesepakatan itu membolehkan kerajaan melaksanakan beberapa transformasi yang signifikan.

Antaranya, pindaan perlembagaan mengenai larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, pindaan perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Akta Antigangguan Seksual. BH

Ketidaktentuan politik terus gugat kestabilan – Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker