Azalina cadang Timbalan Speaker diberi kepada pembangkang



Azalina cadang Timbalan Speaker diberi kepada pembangkang. Azalina Othman Said berkata kerusi timbalan speaker yang dikosongkannya patut diisi oleh anggota parlimen pembangkang.

Katanya, langkah itu akan menjadi pelung terbaik untuk Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meneruskan agenda reformasi parlimen.

“…patut digantikan oleh anggota parlimen pembangkang, tetapi usulnya harus datang daripada kerajaan.

“Jika usulnya daripada pembangkang, akan ada satu pusingan lagi untuk undi tidak percaya. Gaduh, gaduh, gaduh,” katanya.

“Inilah peluang terbaik untuk perdana menteri… untuk menghulurkan tangan memulakan.




“Sebab macam yang saya cakap berkenaan masa untuk pembaruan… pembaharuan ini memakan masa, ia takkan berlaku dalam sehari persidangan, kerana ada banyak rundingan dengan pemegang taruh.

“Tapi ini adalah sesuatu yang boleh dicapai,” katanya dalam satu webinar berkenaan agenda pembaharuan parlimen pagi tadi.

Pada Isnin, Azalina mengesahkan telah meletakkan jawatan selaku timbalan speaker Dewan Rakyat yang disandangnya sejak tahun lepas, atas beberapa sebab.

Bekas menteri undang-undang itu turut berkata langkah kerajaan – melantik timbalan speaker daripada pembangkang – akan mencipta sejarah dalam amalan demokrasi berparlimen negara.

“Jika kerajaan buat begitu, dan jika ia disokong sebulat suara … Saya fikir (ia) akan menjadi sesuatu yang menakjubkan dalam sejarah parlimen kita.




“Kerana kita sedang menunjukkan isyarat yang kita mahu parlimen kita menjadi satu platform yang profesional,” tambah Azalina.

Azalina cadang Timbalan Speaker diberi kepada pembangkang


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Beri peluang, masa Ismail Sabri buktikan kemampuan



Leave a Reply

Your email address will not be published.