Resepi Air Perut Kempis Badan Melentik



Resepi Air Perut Kempis Badan Melentik

Kurus, sihat dan perut kempis. Siapa yang tak mahu kan? Ada pelbagai cara nak kurus, ada yang diet, ada yang bersenam dan tak lari juga ramai yang mengambil ubat kurus. Kali ini kami bawakan resepi air kurus, khas buat mereka yang ingin turunkan berat badan.

Resepi ini tidaklah menjamin anda akan kurus sekiranya anda masih makan tak ingat dunia. Pastikan anda sentiasa awasi pengambilan kalori anda dan melakukan senaman secara konstiten. Ingat, penurunan berat badan tidak akan berlaku dalam masa yang singkat!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Habibah Badar Bajrai dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau.

Bahan – bahan:




1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu

Cara – cara

Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min.

Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu.

Minum ketika masih suam sebelum makan.




Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas.

Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Resepi Air Perut Kempis Badan Melentik


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU


Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala



Leave a Reply

Your email address will not be published.