Beri peluang Ismail Sabri jadi Menteri Kewangan

Oleh Nurul Aisyah

TEKA-teki senarai Menteri Kabinet kerajaan Dato’ Sri Ismail Sabri hampir terjawab dalam masa terdekat. Jawatan Menteri Kewangan  seperti biasa tetap menjadi tumpuan utama selain jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Memetik artikel The malaysian Insight, Ismail Sabri picks Hamzah as deputy, keeps finance portfolio for himself, says report Ismail Sabri Yaakob dikatakan akan memegang jawatan menteri kewangan dalam kabinet baharunya yang dijangka diumumkan minggu ini, kata sumber kepada China Press.



Menurut penganalisis politik, PM ke 9 perlu diberi peluang untuk menjadi Menteri Kewangan walaupun beliau merupakan seorang peguam “by profession”. Ismail Sabri telah memulakan kerjayanya mulai pada tahun 1985 sebagai seorang peguam.

Perdana Menteri ke 9 ini berpengalaman sangat luas dalam kabinet memandangkan beliau telah berada dalam Kabinet sejak tahun 2008 sebagai Menteri Belia dan Sukan. Pada tahun 2019, beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2013 dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 2015.

Pada 20 Disember 2018 pula beliau dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO yang baru selepas penyandangnya, Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Presiden de facto UMNO mulai 18 Disember 2018. Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-13 pada 7 Julai 2021. Beliau juga mengekalkan portfolio Menteri Pertahanan sejak dilantik pada 9 Mac 2020.

Berdasarkan pengalaman beliau yang sangat luas dalam beberapa kementerian tersebut maka Ismail Sabri sememangnya layak memegang portfolio Menteri Kewangan.



Tambahan pula, sebelum ini, beberapa orang Menteri Kewangan Malaysia juga bukan ahli ekonomi atau tidak mempunyai latarbelakang sebagai akauntan namun mampu mengalas jawatan tersebut dengan baik.

Tun Dr. Abdul Daim Zainuddin juga merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia, dan usahawan yang terkenal. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang undang-undang di Kota Bahru, Kelantan, dan kemudian menyertai perkhidmatan undang-undang dalam kerajaan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 14 Julai 1984 setelah Mahathir menawarkan jawatan itu kepadanya – era bermulanya kegemilangan beliau sebagai pengurus dan pentadbir wang negara.

Datuk Anwar ibrahim yang berpendidikan Pengajian Melayu juga telah dilantik sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991. Tidak lama selepas menjadi Menteri Kewangan, Euromoney menamakannya sebagai empat menteri kewangan teratas dan pada tahun 1996 Asiamoney menamakannya sebagai Menteri Kewangan Terbaik. Malah pada Mac 1998, Anwar Ibrahim telah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa dari Mac hingga September 1998.

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu beri peluang kepada Perdana Menteri ke 9 untuk menjadi Menteri Kewangan. Dengan pengalaman yang luas dalam beberapa kementerian maka beliau amat layak mengemudi Kementerian Kewangan dengan berkesan.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker