Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala

Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala

Kosongkan jawatan TPM jika parti politik tiada kompromi’

Jawatan Timbalan Perdana Menteri wajar dikosongkan jika parti politik utama yang membentuk kerajaan gagal mencapai kompromi berkenaan calon sesuai.



Penganalisis politik berpendapat, langkah itu berupaya menurunkan suhu politik negara, sekali gus mengelakkan perpecahan dalaman parti dan antara parti komponen kerajaan.

Mereka berpandangan apa yang perlu diutamakan sekarang ialah pembentukan Kabinet terbaik bagi menangani pandemik COVID-19 dan masalah ekonomi, bukannya siapa yang menduduki jawatan nombor dua dalam kerajaan.

Penganalisis politik veteran, Dr Ahmad Atory Hussain, berkata, selain mengosongkan jawatan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri boleh membuat pelantikan Timbalan Perdana Menteri selepas Kabinet ditubuhkan.

Beliau berkata, perkara sedemikian pernah dilakukan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn ketika menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai timbalannya pada Mac 1976.



“Hussein mengambil masa agak lama untuk menamakan timbalannya iaitu kira-kira enam minggu dan perkara ini juga boleh dibuat Ismail Sabri bagi meredakan suhu politik.

“Antara bentuk kompromi boleh dipertimbangkan ialah Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada seseorang pemimpin, tetapi pada masa sama, portfolio utama iaitu Menteri Kewangan diserahkan kepada individu lain atau dipegang sendiri oleh Perdana Menteri.

“Jika kompromi masih gagal dicapai, lebih elok ditiadakan terus jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi mengekalkan kestabilan politik,” katanya kepada BH, hari ini.

Kerusi jawatan Timbalan Perdana Menteri kini menjadi tumpuan utama dengan calon daripada BERSATU iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disebut-sebut akan dilantik.



Pada masa sama, beberapa parti Sabah dan Sarawak turut mendesak pemimpin dari dua negeri itu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Atory berkata, soal pelantikan Timbalan Perdana menteri adalah kuasa prerogatif Ismail Sabri dan pihak berkepentingan tidak sepatutnya memberi tekanan kepada beliau.

“Bukan soal Timbalan Perdana Menteri yang jadi masalah negara pada masa ini, sebaliknya keutamaan ialah pandemik COVID-19 dan ekonomi.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


“Perdana Menteri perlu diberi kepercayaan untuk mengatasi masalah ini, bukannya diganggu dengan soal jawatan Timbalan Perdana Menteri yang tiada dalam Perlembagaan pun,” katanya.

Mengulas isu sama, Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Jeniri Amir, berkata secara peribadi beliau mahu melihat ada pemimpin dari Sabah dan Sarawak diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Namun, katanya, ada keperluan lebih mendesak bagi kedua-dua negeri itu berbanding jawatan berkenaan.



“Sebagai contoh, apa yang jauh lebih penting bagi Sabah dan Sarawak ialah peruntukan lebih besar, bukannya jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Saya fikir semua pihak harus memberi ruang kepada Perdana Menteri membuat keputusan menggunakan pengalaman dan kebijaksanaan beliau membentuk Kabinet terbaik, sekali gus menamakan timbalannya,” katanya.

Jeniri berkata, sekiranya Ismail Sabri mengambil keputusan memenuhi semua tuntutan parti politik, ia dikhuatiri akan memberi masalah kepada Perdana Menteri pada masa depan.

“Kabinet yang dibentuk hanya kerana mahu memenuhi kehendak dan tuntutan pihak tertentu dikhuatiri menjadi Kabinet yang tidak efektif.



“Pemimpin politik mesti berkompromi demi rakyat dan negara. Jika tiada kompromi, lebih baik kosongkan jawatan itu (Timbalan Perdana Menteri) supaya tiada mana-mana pihak berkecil hati dan mencetuskan polemik politik,” katanya. BH

Tak perlu lantik TPM pun, jangan peningkan kepala

Ini kata Faizal Azumu sekiranya tidak dilantik jadi Menteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker