Negara tanpa pesawat rasmi

Sebaran :

Tidak semua negara di dunia ini menyediakan pesawat rasmi untuk membawa pemimpin utama mereka ke luar negara bagi urusan pentadbiran.
Negara tanpa pesawat rasmi. Tidak semua negara di dunia ini menyediakan pesawat rasmi untuk membawa pemimpin utama mereka ke luar negara bagi urusan pentadbiran.
Baru-baru ini, tular sekeping gambar memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub bersama beberapa pemimpin UMNO berada di dalam pesawat rasmi milik kerajaan.

Gambar tersebut dipercayai diambil ketika PM kesembilan itu sedang dalam perjalan ke Kedah bagi bertemu dengan mangsa banjir di sana.

Beliau menaiki pesawat dikenali sebagai Perdana 1 yang menjadi pengangkutan rasmi untuk membawa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

Lazimnya, ia digunakan untuk membawa pemimpin negara menghadiri urusan rasmi berkaitan dengan pentadbiran negara.

Selain Malaysia, negara-negara lain juga memiliki pesawat rasmi masing-masing yang digunakan atas kapasiti urusan pentadbiran.

Siap satunya mempunyai nama tersendiri bagi membezakannya dengan pesawat komersial, sekali gus menunjukkan fungsinya sebagai kenderaan orang nombor satu negara itu.

Berikut adalah senarai pesawat rasmi milik kerajaan dunia yang namanya sinonim dengan penduduk dunia.

 

Tiada pesawat rasmi

Bagaimanapun, tidak semua negara di dunia ini menyediakan pesawat rasmi untuk membawa pemimpin utama mereka ke luar negara bagi urusan pentabiran.

Sebahagiannya menggunakan pesawat komersial milik syarikat penerbangan nasional negara masing-masing manakala sebahagian yang lain pula menaiki pesawat yang disewa khas.

Antara negara yang tidak menyediakan pesawat rasmi kepada pemimpin nombor satu mereka ialah Singapura, Sri Lanka dan Nepal.

Pesawat dinaiki biasanya berjadual dan mereka akan duduk bersama rakyat biasa di dalam penerbangan tersebut.

Amalan berkenaan rata-ratanya bertujuan mengawal kewangan negara selain menjimatkan kos perbelanjaan pemimpin-pemimpin mereka ke luar negara walaupun atas urusan pentadbiran negara.

Malah, negara seperti Sri Lanka juga telah menetapkan perkara tersebut sebagai salah satu polisi kerajaan yang mana pemimpin perlu menaiki pesawat komersial.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ini kata Faizal Azumu sekiranya tidak dilantik jadi Menteri

Beri peluang, masa Ismail Sabri buktikan kemampuan


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.