Gara-gara booking homestay melalui internet, penyewa dapat vila yang menyeramkan

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan kejadian misteri dialami sekumpulan rakan yang terkejut apabila mendapati vila yang disewa menerusi internet sebenarnya sebuah rumah terbiar dipenuhi semak-samun, lapor portal berita Okezone semalam.

Kejadian tersebut berlaku di Puncak, Bogor, wilayah Jawa Barat.

Menurut kumpulan tersebut, mereka menggunakan laman web untuk membuat tempahan vila tersebut berbanding menggunakan aplikasi tempahan online.



“Gara-gara tempah pakai laman web dan tidak menggunakan aplikasi online,” demikian menurut keterangan video yang tular di platform TikTok itu.

Sejurus tiba di penginapan yang dituju, mereka terkejut apabila mendapati penginapan tersebut merupakan sebuah vila terbengkalai dikelilingi semak-samun.

Vila tersebut juga mempunyai jarak yang amat jauh dari pintu masuk selain rumah tersebut hampir tidak dapat dilihat kerana dilindungi oleh pokok dan semak-samun.

Kumpulan tersebut juga didengari bertanya antara satu sama lain sama ada rumah itu adalah lokasi yang sebenar.



Namun, mereka mengaku tidak berani untuk turun di situ.

Disebabkan keliru dan ketakutan, kumpulan tersebut akhirnya membatalkan hasrat mereka untuk menginap di vila itu selain tidak menemui penjaganya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Konsep vila ini adalah bersatu dengan alam, alam ghaib,” kata seorang netizen secara berseloroh.



“Bagaimana anda boleh menempahnya (vila)? Tidakkah anda membaca ulasan penyewa lain?” soal netizen lain. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker