Bomoh rogol pelajar sampai hamil ketika proses buang santau

Bomoh rogol pelajar sampai hamil ketika proses buang santau

MUAR: Hasrat mendapatkan rawatan bagi membuang santau, menyebabkan seorang remaja melalui mimpi ngeri apabila mendakwa dirogol seorang bomoh hingga hamil dalam kejadian di rumahnya, lokasi terpencil di daerah ini, pada akhir lalu dan tahun ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian menimpa mangsa berusia 15 tahun itu, berlaku pada November 2022 dan April lalu.



Beliau berkata, semua kejadian berlaku ketika mangsa mendapatkan rawatan dengan suspek berusia 50 tahun.

“Pelajar berkenaan memaklumkan dia dirogol ketika proses perubatan dilakukan. Pada 27 Oktober lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima satu laporan kejadian itu.

“Mengikut keluarganya, mereka mahu mendapatkan rawatan kerana mangsa dan sekeluarga sering sakit dipercayai terkena santau.

“Mangsa mengetahui dirogol apabila mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada September lalu, selain tidak didatangi haid,” katanya.



Katanya lagi, mangsa memberitahu kejadian itu pada ibunya dan membawa pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan mengandung.

“Polis menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. BH

Bomoh rogol pelajar sampai hamil ketika proses buang santau

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa



Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker