Elon Musk beri bantuan internet kepada Gaza

Elon Musk beri bantuan internet kepada Gaza

BAITULMUQADDIS: Hartawan Elon Musk memaklumkan perkhidmatan peranti satelit miliknya, Starlink akan menyokong akses internet untuk agensi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selepas rangkaian telekomunikasi di Gaza lumpuh sebelum disambung semula.

Musk pemilik syarikat SpaceX mengumumkan ‘bantuan’ tersebut sebagai maklum balas kepada kenyataan Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Alexandria Ocasio-Cortez yang menyifatkan serangan ganas Israel yang menyebabkan seluruh komunikasi ‘blackout’ sebagai tindakan tidak boleh diterima.



“Starlink akan memberi sokongan kepada sambungan komunikasi kepada agensi bantuan yang diiktiraf pihak antarabangsa di Gaza,” katanya menerusi platform X miliknya.

Semalam, tentera Israel meluaskan serangan udara dan darat mengakibatkan perkhidmatan telefon dan internet di Semenanjung Gaza lumpuh.

Difahamkan, Starlink adalah rangkaian satelit yang ditempatkan di orbit rendah bumi dan berupaya menyediakan akses internet kepada lokasi terpencil atau kawasan yang mempunyai infrastruktur komunikasi normal, namun tidak dapat berfungsi seperti biasa.

Perkhidmatan internet satelit itu pernah digunakan di Ukraine selepas kempen pencerobohan dilancarkan Russia terhadap negara jirannya pada Februari tahun lalu.



Rangkaian itu membantu tentera dengan kebolehan teknologi canggih untuk beroperasi di kawasan yang berdepan isu komunikasi terputus, sekali gus menjadi alat ‘medan pertempuran utama’ untuk Kiev.

Pada September lalu, pemilik Tesla itu memberitahu beliau pernah menghalang rancangan Ukraine untuk menghapuskan armada Tentera Laut Russia di Laut Hitam pada tahun lalu dengan menyekat akses Kiev kepada Starlink.

“Pada masa itu, mereka mengemukakan ‘permintaan kecemasan’ untuk mengaktifkan Starlink dengan niat untuk menenggelamkan armada musuh,” ujarnya.

Pendedahan itu bagaimanapun dikecam pembantu Presiden Ukraine memandangkan Musk pada mulanya berpihak kepada Kiev. BH



Elon Musk beri bantuan internet kepada Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker