Gaza: 47 masjid musnah, 3 gereja rosak teruk akibat dibedil Israel

Gaza: 47 masjid musnah, 3 gereja rosak teruk akibat dibedil Israel

Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu mengakibatkan kemusnahan 47 buah masjid manakala tiga gereja rosak, kata pejabat media kerajaan tempatan pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

“Pengeboman Israel juga merosakkan sebanyak 203 buah sekolah dan 80 bangunan kerajaan di Semenanjung Gaza,” kata pengarah pejabat media, Salama Maarouf dalam sidang media.



Beliau berkata seramai 116 anggota perubatan, 18 petugas pasukan penyelamat dan kru pertahanan awam, selain 35 wartawan turut terbunuh dalam serangan itu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza berkata lebih 8,005 orang penduduk Palestin terbunuh.

Seramai 2.3 juta penduduk Semenanjung Gaza kini bergelut dengan kekurangan makanan, air, bahan api dan ubat-ubatan akibat kepungan Israel ke atas wilayah itu.

Hanya beberapa trak bantuan dapat memasuki Gaza sejak pembukaan lintasan Rafah hujung minggu lalu. Mk



Gaza: 47 masjid musnah, 3 gereja rosak teruk akibat dibedil Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker