Anwar perlu lebih berani – TMJ


Anwar perlu lebih berani – TMJ

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tidak seharusnya mengambil “jalan terlalu selamat” dan mesti lebih tegas dalam membuat keputusan walaupun tidak bersifat populis, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi podcast Keluar Sekejap yang dihoskan oleh bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan, katanya Anwar perlu lebih banyak melaksanakan dan berani dalam membuat keputusan.

“Pada pendapat saya, beliau perlu melaksanakan dan membuat lebih banyak keputusan,” katanya.



Tunku Ismail berkata, sejajar dengan keinginan Anwar untuk melihat negara ini berjaya, dia perlu lebih berani dalam membuat keputusan dan bukannya memuaskan hati semua pihak.

“Memang niat nak buat sesuatu itu ada, tapi dia perlu lebih banyak laksanakan atau berani dalam membuat sebarang keputusan, tak boleh jaga hati setiap orang.

“Buat apa saja keputusan demi kebaikan negara, sungguhpun kadangkala perlu jadi pembenci.

“Mungkin (dia) ambil jalan terlalu selamat,” katanya.



Pada masa sama, Tunku Ismail berpandangan Anwar akan berdepan ‘kesukaran’ sepanjang pemerintahan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong tahun depan.

“Ke Bawah Duli akan menjadi Agong yang bukan main-main, memahami tetapi tegas. Apabila bercakap mengenai kepentingan negara, Ke Bawah Duli sangat tegas,” katanya.

Baginda berkata, Sultan Ibrahim adalah seorang Sultan yang “hands-on” khususnya apabila ia membabitkan kepentingan rakyatnya.

Tunku Ismail turut senada dengan Khairy bahawa kerajaan sudah mengumumkan pelbagai pelan tindakan pembangunan dan tumpuan kini beralih kepada sama ada ia boleh dilaksanakan.



“Kami (institusi diraja) terletak atas daripada politik, tetapi anda mesti faham ahli politik berkhidmat untuk rakyat.

“Apabila anda melihat perkara tertentu tidak berlaku dan rakyat tidak mendapat manfaat itu, kami juga ada hak bersuara atau mengingatkan atau memberi pandangan.

“Saya tidak kisah anda datang daripada parti politik mana, asalkan anda boleh berkhidmat kepada rakyat dan boleh menyelesaikan tugas,” katanya. Mk

Anwar perlu lebih berani – TMJ



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker