Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Semasa siaran langsung program realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad, pengacara Nabil Ahmad sekali lagi dibidas oleh warganet dan penonton kerana gurauan kasar yang dilontarkan kepada rakan pengacaranya, Jihan Muse.

Pada awalnya, Nabil bertanyakan kepada Jihan jika sebelum ini pernah didekati oleh mana-mana lelaki yang ingin meluahkan rasa cinta kepadanya. Namun, selepas itu Nabil berkata mesti tiada siapa yang inginkan Jihan kerena mukanya dahulu.



Kau pernah ada lelaki kata dia ada crush dekat kau? Mestilah tak ada, muka kau dulu macam mana pula.

Walaupun rata-rata tahu mereka hanyalah bergurau memandangkan masing-masing telah lama berkawan dan berkerja sama, tetapi ungkapan Nabil itu masih tidak patut dikatakan.

Tambah warganet lagi, gurauan pengacara berumur 40 tahun itu seolah-olah face-shaming temannya dan dilabel tidak sensitif oleh penonton. Oleh itu, ramai yang menganggap mana-mana pengacara haruslah mempunyai etika ketika tampil di layar kaca televisyen.

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu



Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker