Tular adegan ranjang filem Mar Rak , kru produksi dipanggil

Tular adegan ranjang filem Mar Rak , kru produksi dipanggil

Penerbit dan pengarah filem Mar Rak, Datuk TS Jeffry, bakal memanggil kesemua kru produksi filem terbabit susulan kebocoran sedutan babak panas yang tular di You Tube baru-baru ini.

Jeffry berkata, sekiranya individu itu telah dikenalpasti, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.



“Sehingga kini kami masih belum mengenalpasti dalang di sebalik perbuatan ini. Saya akan panggil kesemua kru produksi yang terlibat dan akan menyiasat perkara ini.

“Kalau saya tahu siapa individu itu saya sedia untuk mengambil tindakan. Nak kata ada unsur sabotaj saya pun tak berani cakap lebih.

“Tetapi filem ini bukan untuk menonjolkan adegan seks seperti yang didakwa ramai pihak,”katanya.

Jeffry berkata demikian semasa ditemui pada sidang media Tayangan Perdana Filem Mar Rak di sini, semalam.



Ia bagi mengulas mengenai isu kebocoran adegan panas yang didakwa terdapat dalam filem tersebut yang telah ditularkan oleh pihak tertentu di saluran You Tube baru-baru ini.

Selain itu, menurut Jeffry, sebagai penerbit dan pengarah, dia tidak tergamak untuk menjual adegan seks semata-mata ‘menjual’ atau mendapatkan publisiti murahan.

“Kalau penonton saksikan filem ini, tidak ada babak panas pun yang dipaparkan. Cuma, adalah sedikit babak yang memaparkan heroin berjaya menggoda pelakon utama sebagai pelengkap kepada mesej utama filem ini.

“Iaitu babak sihir pengasih. Malah, Lembaga Penapisan Filem (LPF) pun tidak memotong sebarang adegan dalam filem ini sekali gus menunjukkan filem ini tiada adegan ranjang,”katanya.



Dalam pada itu, Jeffry menerusi syarikat Pentas Wayang Production Sdn Bhd berkata, dia teruja dengan penghasilan filem ini yang menyaksikan pengarahan sulungnya untuk filem.

“Walaupun filem ini mempertaruhkan bakat-bakat baharu, tetapi saya berasa puas dengan komitmen dan kemahiran lakonan mereka.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perdanan Kemajuan Filem Malaysia ( Finas) atas Dana Kandungan Digital ( DKD) yang disalurkan untuk menjayakan,”katanya.

Filem Mar Rak mengisahkan percintaan Krasem dan Rashida yang terjalin secara rahsia kerana perbezaan agama dan bangsa. Dicemburui oleh Ai Ling kerana cintanya tidak dibalas, Krasem terpaksa menolak cinta Ai Ling kerana hatinya telah dimiliki oleh Rashidah.



Ai Ling yang sangat sayang kepada Krasem berasa amat kecewa kerana cintanya ditolak mulai marah dan dendam sehingga sanggup menggunakan jampi mentera hikmat dari Mophi iaitu bomoh hantu bagi menjayakan hasratnya memiliki cinta Krasem.

Filem ini bakal menemui penonton pada 2 November ini dan antara barisan artis yang menjayakannya ialah Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James. Utusan

Tular adegan ranjang filem Mar Rak , kru produksi dipanggil

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira



All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker