Jana Wibawa: Adam Radlan akan berdepan tuduhan tambahan

Jana Wibawa: Adam Radlan akan berdepan tuduhan tambahan

Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad yang sedang berdepan enam pertuduhan melibatkan kes rasuah dan pengubahan wang haram, dijangka didakwa atas beberapa lagi kes minggu depan.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhly Mohd Zamry dan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh ketika prosiding sebutan enam kes dihadapi tertuduh membabitkan Projek Jana Wibawa hari ini.



Lima pertuduhan membabitkan kes rasuah disebut di hadapan Hakim Azura Alwi, manakala kes pengubahan wang haram disebut di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Untuk lima kes rasuah, ia membabitkan dua tuduhan meminta dan menerima rasuah RM2 juta, tiga tuduhan menerima rasuah masing-masing RM2.1 juta, RM500,000 dan meminta rasuah wang tunai sejumlah 3.5% hingga tujuh peratus daripada nilai projek.

Jana Wibawa dilaksanakan ketika pandemik Covid-19 dan ia kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada 1993.

Sebelum ini, pendakwaan memohon supaya semua lima tuduhan rasuah dibicarakan secara bersama di hadapan Suzana.



Terdahulu, Fadhly memberitahu Azura bahawa pendakwaan akan mengemukakan tuduhan terhadap Adam Radlan minggu hadapan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Berikutan itu, pihaknya memohon tarikh sebutan baharu untuk memindahkan kes bagi tujuan dibicarakan bersama selepas pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam selesai.

“Pada prosiding sebelum ini, pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak kami akan memindahkan semua kes dihadapi tertuduh ke Mahkamah Sesyen 14 (di hadapan Hakim Suzana Hussin).

“Bagaimanapun, ada perkembangan baharu iaitu pada 25 Okt lalu, tertuduh dituduh dengan tuduhan di bawah AMLATFPUAA dan ia dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 14.



“Pendakwaan juga membuat keputusan untuk menuduh tertuduh atas kesalahan pengubahan wang haram pada minggu hadapan di Shah Alam,” katanya menurut Berita Harian.

Sehubungan itu, Azura menetapkan 28 Nov bagi tarikh sebutan. Perkara sama turut dimaklumkan Farah Yasmin di hadapan Hakim Suzana Hussin dan meminta tarikh sebutan sama.

Dalam prosiding itu, peguam Wee Yeong Kang bertindak bagi pihak Adam Radlan. FMT

Jana Wibawa: Adam Radlan akan berdepan tuduhan tambahan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu



Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker