Janna menantu jahat di Tanah Suci

Janna menantu jahat di Tanah Suci

Memegang watak Misha, menantu jahat sehingga sanggup mendera ibu mentua dalam drama Surat Dari Tuhan terbitan TV3, Janna Nick mengaku tercabar apabila terpaksa hanyut dengan karakter itu sepanjang penggambaran di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Janna mengaku watak Misha dalam drama yang mengisi slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis mulai malam tadi, menjadi karakter paling jahat pernah dilakonkan di televisyen (TV).



“Surat Dari Tuhan adalah naskhah yang sarat dengan mesej positif.

“Penggambaran dibuat di Makkah. Bayangkan betapa mencabarnya saya perlu bawa watak ini. Sepanjang pembabitan dalam dunia seni, ini adalah watak paling jahat pernah saya bawa.

“Ada kalanya, apabila sedang ‘shooting’ terutama di Makkah dan Madinah, saya takut untuk teruskan babak tertentu.

“Saya risau perkataan jahat dari mulut Misha itu dimakbulkan, nauzubillah. Jadi saya banyak istighfar setiap kali adegan keluarkan kata-kata kesat,” katanya.



Drama Surat Dari Tuhan terbitan Mache All Star United Sdn Bhd diarah Pali Yahya. Naskhah itu hasil karya Rozie Rashid dan Soula Nordin.

Selain Janna, drama 30 episod itu menampilkan Shukri Yahaya, Ummi Nazeera, Sheila Mambo, Trisha Ooi, Qistina Raisah dan Wanns Ahmad.

Janna yakin watak jahat dibawa dalam drama Surat Dari Tuhan menjentik emosi penonton.

“Namun, dalam hati saya kasihan dengan watak Misha dan harap drama ini dapat sampaikan mesej mendalam kepada penonton,” katanya.



Drama Surat Dari Tuhan mengisahkan dugaan melanda hidup Ryan lakonan Shukri yang berkahwin dengan Misha yang bersifat talam dua muka.

Kisah bermula apabila Ryan memberi peluang kepada Misha dan berkahwin dengannya, biarpun gadis itu memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari bahagia.

Biarpun tidak dipersetujui ibu Ryan, iaitu Rafilah lakonan Sheila, tetapi Ryan yakin Misha sudah berubah. Namun, berlaku insiden di mana Rafilah terjatuh dari tangga selepas ditolak Misha. Layanan Misha semakin menjadi apabila Ryan membawa mereka menunaikan umrah bersama.

Sepanjang di Madinah, Misha tidak membantu Rafilah memudahkan perjalanannya, malah cuba membunuh ibu mentuanya itu.



Sekembalinya Ryan dari Makkah, satu persatu masalah timbul. Rakan kongsi perniagaannya melarikan wang syarikat menyebabkan Ryan terjerumus dalam hutang.

Ketika itu, hadir Suzana lakonan Ummi, yang juga pelanggan setia Ryan yang cuba membantunya menyelesaikan hutang. Kehadiran Suzana membuatkan Ryan selalu tenang dalam menghadapi badai yang melanda keluarganya.

Drama Surat Dari Tuhan juga distrim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my di mana aplikasi Tonton boleh dimuat turun melalui Google Play atau App Store. BH

Janna menantu jahat di Tanah Suci



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker