Shahidan, Annuar dilantik AJK PAS Pusat

Shahidan, Annuar dilantik AJK PAS Pusat

Dua bekas pemimpin Umno Shahidan Kassim dan Annuar Musa antara sembilan individu yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam mesyuarat jawatankuasa kerja parti itu semalam.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata pelantikan jawatan itu dicadangkan dan dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti.



Katanya, dalam mesyuarat itu turut dilantik pesuruhjaya Pas negeri dan Wilayah Persekutuan, dan tiga penolong setiausaha.

“Mesyuarat turut memperaku tindakan dan pendirian PAS berhubung situasi terkini politik dalam dan luar negara, khususnya konflik Palestin yang masih berterusan,” katanya.

Shahidan adalah bekas Ahli Parlimen Arau dari Barisan Nasional (BN) tetapi dipecat daripada Umno selepas bertanding di parlimen itu atas tiket Perikatan Nasional (PN) selepas namanya tidak tersenarai sebagai calon dalam PRU15 lalu.

Beliau dipuji kerana membantu PN merampas Perlis daripada BN buat julung kali.



Annuar menyertai PAS pada Jun setelah dipecat daripada Umno. Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu juga adalah pengerusi NGO Muafakat Nasional. FMT

Shahidan, Annuar dilantik AJK PAS Pusat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira



All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker