Puasa Hari Arafah menghapuskan dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun mendatang

Puasa Hari Arafah menghapuskan dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun mendatang

Hari Arafah merupakan salah satu hari paling mulia dalam Islam di mana saat ini umat Islam yang mengerjakan ibadah haji akan melakukan wukuf di Arafah iaitu hari kemuncak kepada ibadah haji. Hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah iaitu sehari awal sebelum hari raya Aidil Adha.

Sabda Baginda s.a.w “Ibadah haji itu sah dengan berwukuf di Arafah”



Pada hari Arafah juga merupakan hari kemerdekaan hamba Nya dari api neraka di mana Baginda s.a.w. bersabda,

“Hari yang Allah memerdekakan paling ramai hamba Nya dari api neraka ialah hari Arafah. Dan sesungguhnya rahmat dan anugerah Allah mendekati mereka. Kemudian Allah melahirkan kebanggaan Nya kepada para malaikat dengan ramainya mereka yang berwukuf di Arafah lalu berfirman,

“Apakah yang mereka kehendaki?

Dalam riwayat yang lain pula Baginda s.a.w. bersabda,



“Sesungguhnya Allah Taala melahirkan kebanggaan Nya kepada para malaikat Nya pada waktu petang hari Arafah dengan ramainya ahli Arafah lantas berfirman,

“Lihatlah kamu kepada hamba-hamba Ku yang telah datang kepada Ku dengan keadaan kusut masai dan berdebu” HR Muslim

Amalan Rasulullah s.a.w.

Pada hari Arafah, Baginda s.a.w. lazimnya akan berpuasa sunat dan amalan ini tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini menunjukkan keutamaannya yang luar biasa sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis Baginda s.a.w. antaranya,



Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang puasa hari Arafah dan beliau bersabda,

“Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun yang akan datang” HR Muslim

An-Nasai dan Ahmad dalam hadis riwayatnya menyebutkan bahawa

“Ada empat perkara yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu puasa asyura, puasa hari Arafah, puasa tiga hari setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”



Dalam riwayat yang lain, Baginda s.a.w. turut berpesan bahawa,

“Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah S.W.T. melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini iaitu (10 hari pertama bulan Zulhijjah)” HR Abu Daud dan Ibnu Majah

Dari hadis-hadis yang disebutkan di atas, jelaslah pada kita bahawa puasa hari Arafah menjadi keutamaan Baginda s.a.w. apatah lagi dengan ganjaran penghapusan dosa selama dua tahun iaitu dosa yang telah dilakukan dan yang akan dilakukan nanti.

Lafaz niat puasa Arafah



Adapun lafaz niat puasa sunat hari Arafah adalah,

“Nawaitu souma ghodin min yaumil arafah, sunnatan lillaahi taala”

(Sahaja aku berniat puasa sunat hari arafah kerana Allah taala) Utv



Puasa Hari Arafah menghapuskan dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun mendatang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker