Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun

Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun

Pelakon, Puteri Sarah mendedahkan punca sebenar kegagalan proses lafaz cerai oleh suami, Syamsul Yusof yang sepatutnya berlangsung pada hari ini di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Perseketuan.

Nafkah & saman keluarga Kazar

Menurut Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat, 38, punca tersebut adalah disebabkan Syamsul telah meminta pengurangan nafkah anak dan mutaah serta mohon menarik semula kes saman terhadap keluarga Kazar Saisi.

Dia telah menetapkan beberapa syarat untuk dia melepaskan saya dan saya tidak bersetuju. Pertama dia mahu saya tarik balik semula kes saman terhadap keluarga Ira Kazar. Saya tidak akan tarik kes! Untuk apa saya berjuang selama ini kalau saya tarik kes? No, saya akan teruskan.

Kedua, dia minta diskaun tuntutan nafkah anak-anak dan mutaah. Saya tidak mahu beritahu amaun sebab nanti memalukan. Syamsul minta diskaun yang sangat banyak dan pihak saya tidak setuju.



Baca Artikel Menarik:


Sarah berkata demikian sejurus dia menjalani proses lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Perseketuan pada Selasa.

Difahamkan, Syamsul meminta pengurangan sebanyak 30 peratus bagi nafkah anak-anak dan 80 peratus bagi nafkah mutaah.

Nafkah tidak sampai jutaan ringgit

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, tuntutan nafkah yang dikemukakan kepada suaminya yang juga seorang pengarah tidak pun mencecah jutaan ringgit. Malah, dia akui Syamsul mampu untuk membayarnya.

Jangan takut, saya tidak minta pun harta sepencarian dengan dia, saya minta banyak kepada anak-anak. Kalau fasal anak-anak pun minta diskaun, this is to much! Saya akan terus lawan demi anak-anak.

Tuntutan saya tidak sampai sejuta ringgit pun. Jumlah kami sangat sikit. Saya tidak tahu alasan dia meminta diskuan.

Saya hari ini 50-50 puluh rasa dilepaskan, tetapi kalau melibatkan anak-anak sampai tahun 2030 saya sanggup lawan.

Saya minta jumlah demikian sebab saya tahu Syamsul mampu.


Baca Artikel Menarik:

Elizabeth Tan akhirnya dapat selepas lapan tahun jadi penyanyi

Tarikh baharu JKP

Sementara itu, peguam mewakili Puteri Sarah, Datuk Abidin Abdul Kadir berkata mahkamah telah menetapkan tarikh baharu bagi prosiding Jawatankuasa Pendamaian (JKP) pada 25 Mei depan.

Pihak defenden memaklumkan wujud kecacatan dalam proses JKP yang berlaku sebelum ini. Oleh itu, mereka minta satu JKP baru dilantik dan pihak saya bantah.

Demi keadilan itu, mahkamah telah memberikan satu tarikh untuk memanggil pegawai JKP untuk memberi penjelasan sebenar sebelum beliau membuat finding yang dikeluarkan.

Pihak kami tidak terima kerana itu semua adalah tektik untuk melambatkan proses penceraian. Apa pun mahkamah memberikan satu tarikh pendek pada 25 Mei untuk berbincang semula.

Terdahulu, proses lafaz cerai yang dijadualkan berlaku pada hari ini tertangguh disebabkan pihak mahkamah ingin mendapat penjelasan daripada pengerusi JKP pada perjumpaan depan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]

View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira

Related Articles

2 Comments

  1. Cukup la bulan puasa ni..jgn mengaibkan antara satu sama lain…tak manis org baca. Kalau pun suami awak makan luar, awak juga berdosa..isteri tak layan nafsu dia…awak pun menanggung…

  2. Masalahnya suami yg membuat mungkar,maksiat,curang,khianat,tinggalkan isteri dan anak-anak tanpa nafkah selama 4
    tahun…hilang begitu sahaja…menduakan isteri,bermain cinta dgn perempuan lain,lari ke siam untuk kahwin lain,menyembunyikan perkahwinan dari isteri dan ibubapa,tidak mengaku berkahwin lagi,tipu isteri dan ibubapa,nak saman jakim,tuduh jakim fitnah, dan banyak sangat dosa…dah kahwin..kata tak kahwin…tak mengaku kahwin..so persetubuhan yg berlaku…apa hukumnya…laki-laki yg bergelumang dgn dosa dan maksiat..mengalahkan gigolo dan
    Cikaro…penyokong pun bersubahat…tak pasal-pasal dapat dosa maksiat,mungkar,curang,zalim dan sebagainya…ingat kesyurga tetapi tersungkur di pintu syurga dan tergolek masuk neraka…memang syurga dan neraka Allah Taala tentukan….tetapi manusia yg memilih jalan-jalan untuk kesyurga atau neraka….hak bekas isteri untuk dapatkan harta sepencarian….hak anak-anak untuk dapatkan nafkah….itu hak mereka dan wajib bekas suami bagi…tak bagi berdosa…minta diskaun berdosa….minta pengurangan berdosa….kalau tak nak berdosa ,tunaikan hak-hak itu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker