Rumahtangga Zulin Aziz dalam gelora, beri bayangan akan bercerai

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal, Zulin Aziz mengejutkan peminat dan pengikutnya di akaun Instagram dengan berkongsi hantaran mengenai status rumah tangganya.
Dalam hantaran yang dikongsi sekitar 40 minit lalu, Zulin memberi bayangan rumah tangganya dengan Farhan Norzaini yang berusia 14 bulan seperti tidak dapat dipertahankan lagi.
Bersama sekeping foto pernikan mereka pada 20 Februari 2022 itu, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz turut menulis kapsyen yang mencetus tanda tanya ramai.

Berikut petikan nota yang ditulis Zulin mengiringi foto berkenaan:

“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. “Semoga yang baik2 untuk masa akan datang InshaAllah,masa merawat semuanya.”

Berdasarkan pemerhatian di ruangan komen, rata-rata pengikut Zulin terkejut dengan hantaran yang dibuat artis berkenaan.

Sebilangan besar daripada yang memberi komen mengharapkan perkara itu tidak benar dan mereka mendoakan yang terbaik buat rumah tangga Zulin dan Farhan.
Zulin, 34, dan Farhan, 36, disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2022 di Masjid Negara.
Pernikahan mereka berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker