Farid pujuk, Diana reject

Farid pujuk, Diana reject
Farid pujuk, Diana reject

Biarpun menyedari Diana Danielle, 32, menolak tawaran perdamaian bernilai RM319,700 dikemukakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, kelmarin, Farid Kamil, 42, masih berusaha memujuk isterinya, demi menyelamatkan rumah tangga mereka.

Peguam syarie mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan, berkata anak guamnya tekad dengan pendirian mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan Diana.

Fakhrul berkata, anak guamnya berhubung dengan ahli keluarga Diana untuk bersemuka dan berbuka bersama.

“Farid masih berusaha pelbagai cara untuk memujuk Diana agar kembali berdamai. Farid seboleh-bolehnya tidak mahu bercerai. Jadi, dia berusaha berbaik-baik dengan pihak sana seperti mengajak Diana berbuka dan berbincang.



“Farid sudah berhubung dengan ahli keluarga Diana untuk tujuan itu. Sekarang dia masih lagi berusaha.


Baca Artikel Menarik:


Diana Danielle lancar apa pulak tu


“Insya-Allah, nampak ada peluang. Kalau boleh, Farid mahu berjumpa dan berbuka dengan Diana sebelum hari raya,” katanya.



Pada prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, kelmarin, Farid mengemukakan tawaran perdamaian, iaitu kenderaan MPV Toyota Vellfire bernilai RM225,000; barangan kemas bernilai RM10,700; wang pendahuluan nafkah dari Mac lalu sehingga Jun ini bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya dianggap hadiah, namun, didakwa bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.

Farid dilaporkan berharap tawaran itu mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Bagaimanapun, Diana dilaporkan menolak tawaran perdamaian dikemukakan Farid, malah, tidak mahu membuat sebarang tuntutan kecuali hak penjagaan anak dan dilepaskan cara baik.

Peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir, dilaporkan berkata anak guamnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan baik, malah, membenarkan anak dibawa Farid meraikan Aidilfitri di Sungai Petani, minggu depan.



Baca Artikel Menarik:

Ibu tak fail cerai – Syada Amzah

Akberdin dilaporkan berkata, Diana tidak mahu membuat sebarang tuntutan kecuali hak jagaan anak-anak dan mahu kekal sebagai kawan.

Akberdin turut dilaporkan berkata, Diana terkejut sebaik mendapat tahu mengenai tawaran perdamaian yang dibaca melalui laman sosial.



Fakhrul berkata, anak guamnya ikhlas dalam menyelamatkan rumah tangganya dengan Diana. Malah, Farid sudah memohon maaf kepada ibu mentuanya, Norsiah Ramli.

“Saya boleh katakan Farid ikhlas meminta maaf dan menyelamatkan rumah tangganya,” katanya.

Kelmarin, Farid mendedahkan hubungannya dengan Norsiah sudah lama terputus selepas mendakwa Diana menghalau wanita itu keluar dari rumah pada 2019.


Baca Artikel Menarik:

Elisya Sandha beri amaran




Farid juga dilaporkan berkata, dia sudah lama tidak berhubung atau bertemu dengan ibu mentuanya.

Mengenai prosiding kedua sulh yang ditetapkan pada 25 Mei ini, Fakhrul berkata, jika sudah bertemu jalan damai, sesi perbincangan tidak perlu dikendalikan.

“Sekiranya belum selesai, kena ada sulh. Sama juga prosiding pada 30 Mei, iaitu penjagaan anak dan lafaz cerai, kalau ada penyelesaian dan berbaik semula, ia tidak akan diteruskan.



“Andai tidak diselesaikan, kita terpaksa ikut proses mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam menetapkan 25 Mei ini sebagai tarikh prosiding sulh kedua buat pasangan pelakon itu.

Keputusan itu dibuat susulan kegagalan Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson menghadiri prosiding, semalam.

Pada 30 Mei ini, Farid dan Diana dijadualkan akan menghadiri prosiding penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada sebelah pagi disusuli prosiding laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, pada sebelah petang. BH

Farid pujuk, Diana reject

Baca Artikel Menarik:

Shuib Umum Nikah Watie Jun Ini

 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker