Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

“Saya sering dipandang serong oleh beberapa ahli keluarga, teman-teman dan masyarakat. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, saya dipulaukan oleh mereka.”

Demikian luah pendakwah selebriti, Da’i Syed, 28, mengimbau kenangan pedih dilaluinya selama tiga tahun ini mengharungi ujian besar membabitkan maruah diri yang berhadapan tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun pada 2020 lalu.



Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dihubungi berkata, dia juga melalui fasa kehilangan punca pendapatan apabila ruang untuknya mengembangkan kerjaya terjejas.

“Sebagai manusia biasa, tipulah kalau saya katakan saya menjalani hidup seperti biasa sepanjang tempoh itu. Saya kehilangan punca pendapatan serta ruang untuk saya mengembangkan kerjaya. Tetapi, alhamdulillah, satu pintu yang ditutup untuk saya itu, Allah buka 1,000 lagi pintu.

“Bagaimanapun, ia tetap menghantui ke mana sahaja saya pergi sehingga untuk saya menikmati dan mengecapi kebahagiaan total itu sukar sebab rasa macam bawa beban itu ke mana-mana,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya juga perasaannya selepas dibebaskan daripada tuduhan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, kelmarin, Da’i Syed berkata, sukar untuk dia menggambarkannya dengan kata-kata.



“Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apapun, saya lega kerana akhirnya saya boleh menutup episod pedih ini dan membuka lembaran baharu. Alhamdulillah.

“Syukur alhamdulillah, ia juga (ujian itu) mengajar saya erti sabar dan lebih tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan,” katanya lagi.

Pada 10 April lalu, Da’i Syed dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Hakim Rihaida Rafie membuat keputusan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Da’i Syed di akhir kes pendakwaan.



Terdahulu, pada 10 Disember 2020, Da’i Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 malam, pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli, manakala Da’i Syed diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros.



Sebelum ini, pada 31 Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Da’i Syed daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta. HM

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul



Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker