Menjelang Aidilfitri, hotel kucing menjadi rebutan

Menjelang Aidilfitri, hotel kucing menjadi rebutan

Menjelang ketibaan Aidilfitri ini, bukan sahaja ramai buat persediaan beli baju raya, kuih-muih dan sebagainya, tidak ketinggalan juga persiapan kepada pencinta kucing bagi memastikan si bulus terjaga rapi.

Bagi pemilik kucing yang terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk pulang beraya ke kampung , pastinya pilihan terbaik adalah menempatkan ‘anak mereka’ di hotel kucing supaya keselamatan dan kebersihan haiwan peliharaan itu terjaga.



Di Pasir Gudang, Johor, Pusat Jagaan Kucing, Aishah Kitty Cattery terletak di Jalan Serangkai 18, Taman Bukit Dahlia, di sini mendapat permintaan di luar jangkaan.

Pemiliknya, Nuraishah Othman, 34 berkata hotel kucing mempunyai 40 bilik hotel berhawa dingin habis ditempah sebelum menjelang Ramadan lagi.

Katanya, selain hotel kucing, pelbagai perkhidmatan disediakan supaya pemilik rasa selamat meninggalkan haiwan peliharaan mereka.

“Terdapat empat pakej dan perkhidmatan utama di Aishah Kitty Cattery. Selain hotel kucing atau pusat jagaan, Aishah juga menyediakan khidmat dandanan, menjual anak kucing baka terbaik serta bermain dengan kucing.



“Ada pemilik menghantar si bulus dua hari sebelum hari raya, ada menghantar tiga hari hingga seminggu. Kebanyakan pemilik perlu pulang ke kampung yang jauh seperti Utara dan Pantai Timur yang menyukarkan untuk membawa kucing dalam perjalanan.

“Tetapi ada meletakkan si bulus sehingga dua minggu kerana mengambil peluang bercuti ke luar negara sempena musim perayaan ini.

“Kita menyediakan pakej mampu bayar termasuk yang caj ada makanan dan tanpa makanan,” katanya.

Beliau berkata, kucing dihantar akan dijaga dan diberi makan mengikut waktu ditetapkan selain mereka (kucing) diberikan masa untuk bermain di ruang yang kondusif dan selesa.



“Kucing menginap di hotel kami akan diberi masa dalam masa sejam untuk bermain di ruang disediakan agar tidak bosan dan tidur di bilik,” katanya.

Nuraishah berkata, pihaknya hanya membiakkan baka jenis Bristish Shorthair bagi memastikan kualiti kucing dijual terjaga.

Ramai peniaga menjual baka anak kucing jenis ini, namun kebanyakan tidak mempunyai bukti atau sijil kelahiran asalnya. Di sini menyediakan semua urusan itu.

“Anak kucing yang kita jual berusia tiga bulan dan sudah putus susu daripada induknya, harga dijual serendah RM1,800 sehingga RM4,800,” katanya turut menyediakan pakej dandanan si comel ini.



Pemilik kucing juga boleh memilih servis tambahan disediakan, iaitu rawatan perubatan, potong kuku, jangkitan kulat dan lain-lain.

Nuraishah bercadang memperluaskan perniagaan pusat jagaan dan hotel kucing dengan menambah cawangan di kawasan lain.

“Impian memang hendak buka satu cawangan dengan semua lengkap seperti pusat sehenti untuk pemilik dapat membeli segala keperluan si bulus,” katanya.

Segala-gala tentang kucing bermula dengan minat mendalam memelihara kucing baka British Shorthair.



Sebelum ini, beliau menjalankan perusahaan spa kecantikan sejak tujuh tahun lalu beralih arah membuka pusat jagaan dan perkhidmatan hotel si bulus.

“Saya sejak kecil lagi minat dan suka membela kucing sehingga sudah dewasa dan berumah tangga saya pelihara kucing. Sepanjang hidup tidak ada sehari tanpa kucing. Di rumah satu bilik khas disediakan untuk kucing.

“Kucing saya bernama boboy, baby, mia, olvia, fiona dan banyak lagi, saya bela dari kecil bermula usia sebulan hingga lebih setahun.

“Pada mulanya saya membela kucing baka biasa seperti kucing kampung dan parsi. Selepas membeli baka British Shorthair dari Russia dan Ukraine, saya mula jaga lebih baik, selain buat pembiakan jenis baka ini dan jual anak kucing dibiakkan secara dalam talian, ” katanya menganggap perniagaan berkaitan kucing mendapat permintaan tinggi. BH



Menjelang Aidilfitri, hotel kucing menjadi rebutan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker