Penceraian Syamsul-Sarah, Yusof Haslam dan isteri pasrah atas segala keputusan

PETALING JAYA: Pengarah filem, Datuk Yusof Haslam reda dengan keputusan melibatkan rumah tangga anaknya Syamsul Yusof dan menantu, Puteri Sarah.

Penerbit itu juga bersyukur kera­na kemelut rumah tangga yang berlanjutan selama empat tahun akhirnya menemui titik noktah dan jalan perdamaian.

“Sebagai ibu bapa, kami rasa bersyukur mereka boleh berdamai dan tiada konflik antara mereka.



“Apa pun keputusan yang dibuat untuk berpisah kami pasrah walaupun pahit untuk ditelan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Yusof turut berharap Puteri Sarah menjalani kehidupan lebih tenang selepas melalui proses turun naik mahkamah yang memakan masa.

“Sarah mempunyai alasan yang dia sendiri lebih faham. Semoga Sarah lebih tenang selepas ini.

“Sebagai mentua, kami doakan terbaik buat Sarah dan cucu-cucu kami. Begitu juga dengan Syamsul, semoga dia dapat kebahagiaan yang dicari,” katanya.



Kelmarin, Syamsul dan Puteri Sarah bersetuju untuk meleraikan ikatan perkahwinan yang dibina sejak sembilan tahun lalu, pada 18 April ini.

Keputusan itu diambil selepas pasangan itu mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik hasil pertemuan selepas berbuka puasa bersama ahli keluarga, Ahad lalu

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah



Cerai kerana anak – Syamsul Yusof

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan



Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker