Kalau setakat Annuar Musa bukan kejutan pun

Kalau setakat Annuar Musa buka kejutan pun

Pemimpin Umno Mohd Puad Zarkashi menyindir Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa akan terdapat kejutan melalui penyertaan bekas pemimpin Umno ke dalam PAS.

“Kalau setakat Annuar Musa, memang sudah lama dijangkakan,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi.



Jelasnya adalah lumrah bagi bekas pemimpin Umno “cari makan” dengan menyertai parti lain selepas dipecat ataupun keluar parti.

“Tuan Ibrahim kata, ada kejutan kerana bekas pemimpin Umno akan sertai PAS. Itu bukan kejutan. Kalau dah namanya bekas pemimpin, dia akan ke mana sahaja. Cari makan.

“Isu pemimpin Umno melompat parti bukan baru. Umno tidak pernah terkejut. Ada yang berkedudukan tinggi melompat parti bila parti hilang kuasa,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam, Tuan Ibrahim yang juga timbalan presiden PAS dilaporkan berkata beberapa bekas nama besar Umno akan menyertai Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.



Tindakan itu bagi melebarkan penguasaan PN di negeri Pakatan Harapan (PH), iaitu Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang, selain mengekalkan negeri dikuasai mereka – Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar juga juga berkata beberapa pemimpin yang kecewa dengan kepimpinan parti mereka akan menyertai PAS dalam masa terdekat.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan Annuar, bekas setiausaha agung Umno, bakal menyertai PAS dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata bekas pemimpin Umno seperti Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin juga pernah lompat parti.



“Tun M pun melompat parti. Muhyiddin pun dua kali lima. Kalau setakat Annuar Musa, memang sudah lama dijangkakan.

“Mereka mungkin dapat jawatan menteri jika PN kembali memerintah. Tetapi jawatan itu tidak kekal. Yang kekal ialah gelaran ‘katak’. Itu kekal selama lamanya. Jadi katak bukan kejutan,” katanya. Mk

Kalau setakat Annuar Musa buka kejutan pun

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa



Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker