Najmil mohon maaf kepada Hannah

Najmil mohon maaf kepada Hannah

Hannah Yeoh bersetuju untuk satu penyelesaian damai berkenaan tindakan tuntutan mahkamah terhadap Exco Pemuda Umno, Najmil Faiz Mohamed Aris yang sebelum ini mendakwa beliau cuba memburukkan kepimpinan Islam.

Menteri belia dan sukan itu berkata, pada 5 April lalu, suatu Penghakiman Persetujuan telah direkodkan dengan Najmi bersetuju menarik balik kenyataan dan memohon maaf terhadapnya.



“Pada 5 April, suatu Penghakiman Persetujuan direkodkan di mana Najmil bersetuju menarik balik dan memohon maaf kepada saya atas kenyataannya.

“Permohonan maaf tersebut disiarkan dalam media sosialnya di Twitter dan Facebook,” katanya dalam kenyataan.

Najmil menerusi hantaran di Facebook, memohon maaf dan menarik balik dakwaan yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Segambut pada tiga tahun lalu.

“Saya dengan ini memohon maaf dan menarik balik kenyataan-kenyataan saya terhadap Hannah Yeoh bahawa, antara lain, Hannah kononnya ‘cuba menimbulkan ketakutan kepimpinan Islam seolah-olah mengatakan Islam menyokong perkahwinan bawah umur’,” kata Najmil menerusi hantaran itu.



Pada 9 Mac 2020, Hannah pernah menyuarakan kebimbangannya bahawa Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur yang dilancarkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan diketepikan susulan pelantikan Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau mempersoalkan bagaimana kerajaan akan melaksanakan pelan negara untuk membendung perkahwinan kanak-kanak sekiranya Ahli Parlimen daripada Pas dilantik menjadi timbalan menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Susulan itu, Najmil dalam hantaran di Facebook mendakwa Hannah mengeluarkan kenyataan seolah-olah merendahkan kemampuan dan kebolehan Siti Zailah.

Najmil mendakwa, tuduhan yang dibuat Hannah yang juga bekas timbalan menteri KPWKM melampau dan cuba menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat dengan memburukkan kepimpinan Islam seolah-olah mengatakan Islam menyokong perkahwinan bawah umur. FMT



Najmil mohon maaf kepada Hannah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen



Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa

Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker