MP Besut pertahan tindakan rasmi mesin ATM biar kena kecam

MP Besut pertahan tindakan rasmi mesin ATM biar kena kecam

Seorang Ahli Parlimen PAS mempertahankan tindakan seorang wakil rakyat parti itu merasmikan mesin pengeluaran wang (ATM) di sebuah stesen minyak di Besut, Terengganu yang dikecam warganet.

Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata, kemudahan mesin ATM sesuai dengan permintaan penduduk yang memerlukannya, malah ia antara permintaan rakyat diterima parti itu ketika kempen PRU15.



“Daerah Besut, samalah seperti daerah Bachok, adalah kawasan luar bandar yang majoriti penduduknya petani dan nelayan, warga emas dan golongan miskin.

“Maka, tidaklah mengejutkan apabila di Bachok, antara perkara yang diminta pengundi dalam PRU15 lalu, khususnya dalam kalangan pengundi muda, adalah diwujudkan cawangan bank di Bachok dan perbanyakkan mesin ATM di Bachok,” katanya dalam kenyataan.

Pada 7 April lalu, Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh melancarkan sebuah mesin ATM di kawasan Parlimennya, tetapi warganet menyindir majlis perasmian itu.

“ATM pun nak rasmikan, betul tiada kerja orang PAS ni,” kata pengguna media sosial Ameer Jeff.



Syahir berkata, bagi penduduk di kawasan bandar, akses kepada mesin ATM dan cawangan bank berdekatan dianggap perkara “kecil” yang tidak perlu dicari, apatah lagi diminta untuk disediakan.

“Namun, bagi penduduk di daerah terceruk, perkara ini sebaliknya,” katanya yang memberi contoh kawasan Parlimennya mempunyai 160,500 penduduk, tetapi hanya terdapat beberapa cawangan institusi kewangan “komuniti” dan sembilan mesin ATM.

Beliau berkata, jika penduduk hendak berurusan di bank komersial, mereka perlu menempuh perjalanan hampir sejam ke Kota Bharu atau Kubang Kerian.

“Justeru, peringatan kepada diri saya, mungkin perkara dianggap kecil di mata kita, boleh jadi besar di mata pihak lain. Maka, marilah kita bersyukur dengan apa yang dimiliki dan janganlah kita merendahkan pihak lain yang berusaha untuk memiliki.” FMT



MP Besut pertahan tindakan rasmi mesin ATM biar kena kecam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen



Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa

Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO



Related Articles

One Comment

  1. Kira ok la..dia sebagai wakil rakyat nak rasmikan Mesen ATM tu..mungkin kawasan Ulu Besut terlindung dari zaman 2023..masih tahun 1970an. Lebih baik dari YB yg pernah merasmikan tandas di stesyen minyak dulu..rasa rasa dari spesis sama tetapi berlawanan jenis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker