Elisya Sandha beri amaran
Jangan sentuh keluarga saya - Elisya
Elisya Sandha beri amaran
Hanya sebab memilih mendiami kediaman, pelakon Elisya Sandha terpaksa berhadapan tohmahan menganggapnya mempunyai masalah dengan ibu bapa mentua yang juga pengarah dan penerbit, Sheila Rusly dan Azman Yahya.
Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan, 23, menganggap tuduhan dilemparkan orang ramai mengenai keretakan hubungannya bersama mentua adalah fitnah semata-mata.
Malah, pelakon filem Rasuk itu mengakui tertekan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa mahu menjadi perosak kepada keharmonian keluarganya.
Ibu kepada Bunga Elhaq itu, keputusannya untuk berpindah ke rumah sendiri disebabkan mahu hidup berdikari bersama suami, Uzair Haqimy, namun disalah erti beberapa pihak.
Elisya berkata, tuduhan mengatakannya mempunyai masalah dengan mentua berat sebenarnya sebab ia mempunyai kaitan dengan keluarga.
“Keluarga sangat penting bagi saya. Kalau mahu bercakap mengenai saya tidak mengapa, tetapi jangan bercakap mengenai keluarga saya.
“Apabila orang mempertikaikan dan membuat andaian saya pindah rumah sebab bergaduh dengan mak mentua, ia sangat tak betul.
“Saya rasa bila sudah berkahwin memang kita nak ada rumah sendiri dan berdikari. Jadi, saya kami memang tiada masalah,” katanya.
Elisya berkata, sebelum ini, dia memuat naik video di Instagram (IG) memberitahu berpindah rumah, tetapi orang lain membuat andaian salah dengan mengatakan hubungannya dengan ibu mentua tidak baik.
“Itu salah sama sekali. Apa yang mereka cakap perkara tak betul dan bukan kontroversi yang teruk pun bagi saya.
“Itu adalah fitnah yang orang taburkan untuk keluarga saya.
“Kalau diikutkan saya tak mahu layan, tetapi apabila ibu mentua sudah mula bertanya dan ia juga membabitkan perihal keluarga, maka saya terpaksa menyuarakan perkara sebenar dalam IG,” ujarnya.
Pelakon drama Ratu Ten Pin dan Oh My Hantaran itu berkata, dia pernah beritahu suaminya yang tertekan dengan apa yang berlaku.
“Apabila duduk di rumah ibu mentua ada pertikai kenapa tak duduk rumah sendiri, tetapi bila duduk rumah sendiri orang anggap saya bergaduh dengan ibu mentua.
“Ada sahaja perkara yang tak kena di mata orang.
“Suami nasihatkan jangan terlalu memikirkan mengenai perkara ini dan fokus kepada keluarga.
“Cuma, saya mahu tegaskan kepada jangan sentuh keluarga saya,” katanya.
Jadi, Elisya menegaskan, dia tidak pernah ada masalah dengan mentua.
“Memang tiada masalah, saya sentiasa berhubung dengan mereka dan ada kala saya minta ibu mentua berikan tunjuk ajar mengenai cara memasak.
“Kadang-kadang saya hantar video memasak kepadanya dan kemudian, ibu mentua akan betulkan apa yang saya buat tak betul,” katanya.
Terdahulu, Elisya bergelar isteri kepada Uzair yang juga pengurus produksi dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada 21 Ogos 2021.
Hasil perkongsian hidup, Elisya dan Uzair dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia sembilan bulan. BH
Elisya Sandha beri amaran
Baca Artikel Menarik:
- Isteri diganggu pegawai DBKL, lelaki mengeluh siasatan tiada kemajuan
- Bertaubatlah Diana – Farid
- Diana nak cerai, tolak tawaran Farid
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Tipis nampak anak bulan malam Jumaat – mufti Kedah
- Jangan ‘double standard’ berkait Zahid dan Najib, Puad beritahu Hassan Karim
- Penceraian Syamsul-Sarah, Yusof Haslam dan isteri pasrah atas segala keputusan
- Trend di TikTok Najib popular, setuju diampunkan
- Diana langgar perintah mahkamah – Farid Kamil
- Lelaki mabuk maki wanita beli juadah berbuka puasa, ditahan polis
- Puteri Sarah Tetap Menjadi Menantu Kesayangan – Yusof Haslam
- Musnah Disebabkan Satu Kesilapan – Yusof Haslam
- Sanusi akhirnya ‘disekolahkan’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET