Mayat koperal hilang di Hutan Belum ditemui

Mayat koperal hilang di Hutan Belum ditemui

IPOH: Anggota tentera yang dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi bersama lima anggota lain di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum, dekat Gerik, Jumaat lalu ditemukan meninggal dunia, hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mayat anggota dari Bagalion ke-35 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang berusia 33 tahun itu dijumpai jam 10.15 pagi tadi.



“Ya sudah jumpa (mangsa). Saya akan dapatkan laporan penuh dan muktamadkan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dahulu dan siaran media mengenainya akan saya keluarkan, terima kasih,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Polis belum mendedahkan identiti tetapi dalam media sosial FB berita berkaitan kehilangan anggota berkenaan menamakan Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib.

Menurutnya lagi, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Kelmarin, media melaporkan mengenai kehilangan mangsa ketika menjalankan tugas operasi bersama lima anggota lain kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu.



Kehilangan mangsa yang merupakan seorang lelaki berbangsa Melayu itu dilaporkan kepada polis pada jam 12.50 tengah malam Ahad lalu.

Usaha mencari dan menyrlamst (SAR) mangsa dijalankan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula pada hari yang sama mangsa hilang (7 April). BH

Mayat koperal hilang di Hutan Belum ditemui

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul



Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker