42,000 pelajar sekolah hamil

42,000 pelajar sekolah hamil

Sekurang-kurangnya 42,954 pelajar perempuan berhenti sekolah antara Julai 2021 dan Jun 2022 kerana hamil, menurut laporan terbaharu oleh Pengawal dan Ketua Audit Negara (CAG) Tanzania.

Menurut laporan CAG 2021/2022 yang dibentangkan di Parlimen di Dodoma, daripada 42,954 pelajar yang hamil, 23,009 terdiri pelajar sekolah menengah dan 19,945 murid sekolah rendah, lapor Xinhua.



Pelajar sekolah menengah yang hamil menyumbang 28 peratus daripada 82,236 pelajar yang dijadualkan menamatkan pendidikan peringkat biasa pada 2021.

Menurut laporan itu, sekolah menengah yang mempunyai bilangan pelajar paling ramai hamil adalah dari perbandaran Kinondoni di wilayah Dar es Salaam iaitu seramai 4,652 orang, diikuti di wilayah Mtwara seramai 3,783 dan di wilayah Mwanza seramai 2,570.

Bagi sekolah rendah, bilangan murid paling ramai hamil dilaporkan di daerah Kwimba iaitu 9,045 orang diikuti di daerah Uvinza seramai 2,172 orang, menurut laporan itu.

42,000 pelajar sekolah hamil



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah



Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker