Lambakan makanan berlabel biokejuruteraan membimbangkan rakyat

SAUDARA PENGARANG,

PADA minggu lalu, saya membeli kerepek kentang keluaran sebuah syarikat dari luar negara. Cuma menjadi kemusykilan saya tertera pada label produk berkenaan perkataan mengandungi bahan makanan bioengineered (biokejuruteraan).

Difahamkan ia adalah label baharu yang mula dikuatkuasakan di Amerika Syarikat sejak 1 Januari lalu. Saya berharap Kementerian Kesihatan (KKM) dapat memberi penjelasan kerana ada pihak mendakwa perkataan biokejuruteraan itu bermaksud mengandungi produk berasaskan organisma yang diubah suai secara genetik



GMO merujuk kepada organisma atau benda-benda hidup seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang telah melalui proses pengubahsuaian bahan genetik iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) melalui kaedah kejuruteraan genetik.

Kejuruteraan genetik bermaksud makanan yang telah dimasukkan kod genetik melalui proses pindahan gen asing daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan lain.

Tujuan GMO diperkenalkan adalah untuk memberi manfaat kepada manusia, sebagai contoh meningkatkan kualiti, nutrisi, rasa, kelazatan atau daya tarikan pada sesuatu makanan.

Ia juga bagi meningkatkan hasil tanaman, mengurangkan masa kematangan tumbuhan, menghalang penyakit atau serangga dan meningkatkan ketahanan tumbuhan ketika dilanda kemarau atau banjir.



Pada masa sekarang banyak negara mengharamkan kemasukan barangan dan melarang penanaman tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kaitan dengan GMO. Negara terbabit bimbang GMO memudaratkan kesihatan manusia pada jangka masa panjang termasuk kesan toksik dan mendatangkan alergi kepada tubuh.

Walaupun Malaysia sejak sekian lama membenarkan kemasukan jagung dan kacang soya yang telah melalui proses GMO, rakyat perlu didedahkan secara lebih jelas kesan-kesannya kepada kesihatan bagi mengelak mereka terus bimbang

HAJI ABDULLAH, Rawang, Selangor

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung



Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker