Bersatu tiada peluang menang di Sarawak

Bersatu tiada peluang menang di Sarawak

KUCHING: Tiada peluang untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat majoriti kemenangan kerusi sekiranya diberikan peluang untuk bertanding menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pensyarah kanan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata jika diberikan sekalipun peluang itu, sukar untuk Bersatu menang kerana parti itu tidak mempunyai sokongan akar umbi di Sarawak.

“Sedangkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sudah lama di negeri ini pun masih sukar mendapatkan sokongan akar umbi tempatan.

“Jika Bersatu bertanding pun pada PRU-15 yang akan datang ini, peluang parti ini sangat tipis untuk menang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Malah, Awang Azman turut menegaskan perkara tersebut akan menjejaskan lagi reputasi parti Bersatu.

“Hal ini akan membuatkan hubungan Bersatu akan menjadi dingin dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Dan ini akan memberi kesan yang negatif bagi jangka panjang hubungan politik sesama mereka,” ujar beliau.

Bagaimanapun, Awang Azman tidak menafikan apa-apa kerjasama akan diputuskan secara konsensus oleh GPS melalui mesyuarat GPS dan bukannya keputusan bersifat individu.

Terdahulu, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan pendirian GPS terkini tidak memberikan laluan kepada parti Bersatu untuk bertanding pada PRU-15.

Sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan akan bekerjasama dengan GPS pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Muhyiddin berkata persefahaman telah dicapai semasa pertemuan dengan Abang Johari beberapa minggu sebelum pilihan raya negeri.

Justeru, Bersatu telah memberi laluan kepada GPS dalam PRN-12 Sarawak yang lalu, dengan tidak bertanding.

Muhyiddin turut berharap langkah itu akan memberi laluan kepada GPS untuk bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15. Utusan

Bersatu tiada peluang menang di Sarawak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker