Piala Thomas: Malaysia smash England 5-0


Piala Thomas: Malaysia smash England 5-0

Seperti diramal, Malaysia melakar kemenangan pertama saingan Piala Thomas selepas menundukkan England 5-0 dalam aksi sulung Kumpulan D di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama selepas mudah menewaskan Toby Penty 21-10, 21-15 sebelum beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melebarkan kedudukan menerusi kemenangan ke atas Ben Lane-Sean Vendy 19-21, 21-15, 21-16.

Ng Tze Yong yang diturunkan sebagai perseorangan kedua memastikan kemenangan awal skuad negara hasil kemenangan ke atas Johnnie Torjussen 21-16, 19-21, 21-11 sebelum beregu kedua, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menewaskan gandingan Rory Easton-Zach Russ 21-13, 21-9.

Juara remaja Asia 2017, Leong Jun Hao memastikan kemenangan mutlak skuad negara dengan meraih mata kelima selepas mengatasi Cholan Kayan 21-11, 21-18.

Skuad lelaki negara akan bertemu Amerika Syarikat esok sebelum berdepan Jepun dalam aksi terakhir kumpulan Rabu ini. BH

Piala Thomas: Malaysia smash England 5-0


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker