Kerajaan meterai perjanjian Cloud Framework Agreement (CFA)



Kerajaan meterai perjanjian Cloud Framework Agreement (CFA)

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyaksikan pemeteraian Cloud Framework Agreement (CFA) antara Kerajaan Persekutuan dan empat penyedia perkhidmatan awan (CSP).

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Urusan Malaysia (MAMPU), empat CSP terbabit ialah Telekom Malaysia Bhd, Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd, Amazon Web Services Malaysia Sdn Bhd, dan Google Cloud Malaysia Sdn Bhd.

MAMPU berkata, CFA merupakan salah satu teras utama bagi memacu transformasi digital sektor awam, seperti yang terkandung dalam Pelan Induk (Blueprint) Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital).

“Perkhidmatan ini dijangka berupaya mengoptimumkan sumber kerajaan dan mobiliti bekerja dalam persekitaran digital bagi membolehkan proses kerja dan urus niaga tanpa kertas yang lebih berkesan secara End-to-End.




“Bagi memastikan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan dapat dimanfaatkan oleh seluruh agensi Sektor Awam, kerajaan telah mengambil langkah strategik dengan menaiktaraf perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) kepada Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam, yang dikenali sebagai MyGovCloud,” katanya lagi.

MAMPU berkata, Perkhidmatan di MyGovCloud berfungsi secara hibrid dengan menggabungkan perkhidmatan Private Cloud di PDSA dan Public Cloud oleh Cloud Service Provider (CSP) yang dilantik Kerajaan.

Melalui majlis tersebut, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Seri Yusof Ismail, telah bertukar dokumen perjanjian dengan wakil dari empat anak syarikat CSP yang terlibat, iaitu Radmik Solutions Sdn Bhd di bawah Amazon, Cloud Connect Sdn Bhd (TM), Enfrasys Solutions Sdn Bhd (Microsoft), dan Awantec System Sdn Bhd (Google).

Selain Perdana Menteri, yang turut menyaksikan pertukaran dokumen itu ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, serta pegawai kanan kerajaan. Aw

Kerajaan meterai perjanjian Cloud Framework Agreement (CFA)





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Leave a Reply

Your email address will not be published.