Bedah siasat Harimau Malaya bulan depan

LAPORAN bedah siasat (post-mortem) terhadap prestasi skuad Harimau Malaya pada Piala Suzuki AFF 2020 akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan pada Januari depan.

Pengurus skuad kebangsaan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, beliau dan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe kini sedang menyiapkan laporan penuh berhubung pencapaian Harimau Malaya di Singapura.

“Saya jangkakan Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan itu akan diadakan paling awal pada Januari depan. Namun, setakat ini kita belum dapat putuskan tarikh sebenar.

“Secara keseluruhannya, mesyuarat berkenaan akan membincangkan prestasi pasukan kebangsaan setelah keputusan pada Piala AFF khususnya sasaran kita agak off track (tersasar),” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Harimau Malaya terpaksa pulang lebih awal selepas gagal melepasi peringkat kumpulan apabila tewas 1-4 kepada Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Singapura Ahad lalu.

Kekalahan kepada musuh tradisi itu menyaksikan Harimau Malaya sekadar menduduki tangga ketiga Kumpulan B di belakang Indonesia dan Vietnam.

Kegagalan mara ke separuh akhir sekali gus melenyapkan impian Harimau Malaya menempah slot final buat kali kedua berturut-turut selepas anak-anak buah Cheng Hoe muncul naib juara edisi 2018.

“Apa yang saya boleh katakan, kita akan memberikan laporan terperinci yang melibatkan persediaan pasukan, corak taktikal permainan termasuk prestasi pemain dan jurulatih.

“Kalau laporan itu melibatkan jurulatih, ia terserah kepada jawatankuasa. Saya sendiri pun tak boleh jawab kerana ia berdasarkan kepada prestasi secara keseluruhan pasukan kebangsaan sepanjang tahun,” jelasnya.

Bedah siasat Harimau Malaya bulan depan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker