Lelaki Myanmar ditahan selepas disyaki tikam rakan senegara
Lelaki Myanmar ditahan selepas disyaki tikam rakan senegara

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Myanmar ditahan semalam, kurang 12 jam selepas disyaki menikam mati rakan senegaranya di sekitar Maluri, Cheras, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata mangsa berusia 20-an, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada jam 10 pagi semalam akibat kecederaan parah di perut.
Suspek ditahan di sebuah premis di sekitar Taman Maluri kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
“Suspek adalah lelaki warga Myanmar berusia awal 30-an, tidak bekerja dan tiada rekod jenayah lampau.
“Suspek ditahan bersama rampasan sebilah gunting yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.
Fadil berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini.
Lelaki Myanmar ditahan selepas disyaki tikam rakan senegara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dap Jangan Jadikan LCS Senjata Politik
- Krisis Negeri Sembilan Perlu Diselesaikan Berlandaskan Muafakat Adat Perpatih
- PRN Melaka: Wanita Majoriti Pengundi, Perkukuh Peranan Kepimpinan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.